Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, July 14, 2013

Bukti pada POSTER PANAS neh adalah benar

Muhyiddin ditekan kuat dari dalam untuk bertanding
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang ditekan kuat dari pelbagai arah untuk mencabar presidennya Datuk Seri Najib Razak dalam pemilihan parti yang akan datang.

Sumber Umno memberitahu Harakahdaily sekarang arus memprotes panggilan untuk tidak dipertandingkan dua jawatan tertinggi Umno semakin kencang.

“Anta dah balik tulisan terbaru Kadir Jasin? Sekarang itulah moodnya dalam Umno sekarang – mereka nak Muhyiddin bertanding melawan Najib. Sebab 1Malaysia dah gagal, dan yang menyelamatkan Umno masa pilihanraya umum ke 13 ialah sikap ‘Malay first’ Muhyiddin yang menyakinkan orang Umno luar bandar terus bersama Umno di PRU yang lalu,” kata sumber Umno yang menghubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Dalam tulisannya, bekas ketua editor News Straits Times A Kadir Jasin seolah-olah menyeru Muhyiddin tidak bersikap hipokrit dengan tidak mencabar Najib.

Di dalam tulisan tersebut, Kadir menggelar Muhyiddin sebagai ‘Kingmaker’.

“Umum tentu masih ingat peranan Muhyiddin dalam gerakan mempercepatkan peletakan jawatan (Tun) Abdullah Ahmad Badawi yang sekali gus menaikkan Mohd Najib selepas Abdullah mencatat pencapaian buruk dalam PRU 2008.

Adakah Muhyiddin yang menunjukkan pintu keluar kepada Abdullah yang memenangi 140 kerusi Parlimen terlepas pandang bahawa prestasi Mohd Najib lebih buruk daripada itu?” tulis Kadir.

Kadir turut menyeru para pemimpin Umno untuk berani mengakui siapa yang sebenarnya menyelamatkan Umno dalam Pilihan Raya Umum 5 Mei lalu.

“Adakah Presiden Umno atau penyokong Umno di luar bandar yang bimbang apa akan terjadi kepada orang Melayu kalau Pakatan Rakyat menang dan DAP menjadi parti terkuat?” tanya beliau.

Menurut sumber Umno, Muhyiddin kini turut diasak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Satu-satu caranya Zahid boleh menyelamatkan diri daripada persepsi buruk dan kes mahkamahnya dan juga ancaman daripada Tun Dr Mahathir Mohamad ialah menjadi salah satu daripada dua orang tertinggi Umno atau sekurang-kurangnya kekal sebagai Naib Presiden. Beliau sedang menunjukkan kepada para ahli Umno ‘kekerasan’ dan ‘kelakian’nya sebagai pemimpin Umno yang sepatutnya kerana Najib dilihat lembut dan Muhyiddin semakin hari dilihat sebagai penakut,” katanya.

Apa yang diperkatakan sumber Umno adalah sejajar dengan laporan The Malaysian Insider yang juga memetik sumber berkata Zahid sedang menunjukkan kepimpinan keras sejak kejadian Sulu sebagai interviu untuk pemilihan parti.

Beliau turut baru-baru ini dilihat berani melanggar Najib dengan mengumumkan bahawa Akta Hasutan tidak akan dimansuhkan.

“Jika ahli Umno mula merasa Zahid lebih berani membuat keputusan daripada Muhyiddin dan Najib, maka habislah Muhyiddin, kerana Zahid hanya berani cabar tempat nombor 2. Untuk Muhyiddin, dengarlah kata ana sebelum terlambat – terlambat itu bermaksud apabila ahli Umno merasakan Tan Sri sebagai seorang pengecut – dan pada masa itu, kareer politik Tan Sri akan tamat,” kata sumber Umno itu lagi.

Apakah signal yang perlu dibuat Muhyiddin untuk menyakinkan ahli Umno bahawa beliau ialah pemimpin harapan mereka?

“Jangan diam diri pada kelakuan isteri Najib dan Permatanya,” jawab sumber Umno tanpa mengulas lanjut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular