Grab the widget  IWeb Gator

Saturday, July 20, 2013

Video Panas yg buatkan Pengerusi dan Tim Pengerusi SPR Panas Punggung

Shahidan buka pekong SPR dgn "Syarikat" Salleh
Rafizi dedah Mohamed Salleh terbabit dua lagi syarikat pembekalan SPR.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini mendedahkan dua lagi syarikat yang dikawal oleh Mohamed Salleh Mohd Ali iaitu Nash Ventures Sdn Bhd dan Allisons Sdn Bhd yang dikatakan mempunyai kaitan mendapat kontrak pembekalan secara rundingan terus daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kasim di Dewan Rakyat mengesahkan Nash Ventures Sdn Bhd mendapat kontrak perbekalan topi dari SPR semasa Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) lalu. [ Klik SINI ]

Apa Ditunggu Lagi Wahai SPR, Samanlah...
Isu pembekal dakwat kekal terus masuk ke episod yang makin menarik. Selepas Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendedahkan nama syarikat pembekal dakwat itu yang didakwanya mempunyai hubungan rapat dengan kepimpinan tertinggi SPR dan memperolehi projek bernilai RM7.1 juta itu melalui rundingan terus, Pengerusi SPR Aziz Yusof melenting menafikan sama ada beliau atau timbalannya, Wah Ahmad Omar, mengenali atau mempunyai hubungan dengan pemilik syarikat itu.

Sambil menyifatkan pendedahan yang dibuat Rafizi di dalam Parlimen itu sebagai fitnah di bulan Ramadan dan kecewa mereka difitnah sedemikian rupa, beliau juga menafikan terlibat dalam urusan pembelian dakwat itu sambil mengatakan ianya diuruskan oleh urusetia SPR yang diketuai oleh Setiausaha badan itu, Kamaruddin Baria.

Kamaruddin Baria pula kemudiannya turut menafikan mengenali pemilik syarikat Intergrated Challenger (M) Sdn Bhd iaitu Mohamad Salleh Mohamad Ali, yang didakwa Rafizi sebagai pembekal dakwat itu sambil menuduh Rafizi sengaja membuat pendedahan mengenainya di dalam Parlimen kerana mempunyai kekebalan daripada tindakan undang-undang.

Dengan membuat dakwaan bahawa Rafizi sengaja berselindung di sebalik kekebalan undang-undang sebagai Ahli Parlimen, Kamaruddin seolah-olah memperkecilkan butiran pendedahan yang dibuat oleh Rafizi itu dan dalam masa yang sama takut diambil tindakan mahkamah jika pendedahan itu tidak benar.

Dalam erti kata lain atau secara halusnya, Kamaruddin seolah-olah mencabar Rafizi agar membuat dakwaan yang serupa di luar Parlimen agar beliau boleh mempertahankan dirinya daripada segala dakwaan itu dengan mengambil tindakan undang-undang. Baca Seterusnya Di SINI


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular