Yang lebih celakanya dia buat harta kerajaan macam harta mak pak dia, suka-suka dia nak bagi bila, kat mana dan kat sapa. Kalau nak bagi 'cenderamata' pun bagi guna duit sendiri la.
Malaysiakini melaporkan:
Bantuan yang disalurkan kerajaan kepada golongan nelayan atau petani dibuat secara berterusan dan bukannya bersifat bermusim seperti semasa pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman.
Beliau berkata kerajaan sentiasa prihatin dan berusaha untuk meningkatkan pendapatan rakyat terutamanya golongan nelayan atau petani.
"Jika bantuan diberikan semasa bahang pilihan raya diadakan, ia adalah secara kebetulan. Seperti saya datang ke Kuala Besut, sudah pasti mengikut adat orang Melayu saya akan bawakan sedikit cenderamata kepada tuan rumah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jabatan Perkhidmatan Veterinar Bersama Penduduk DUN Kuala Besut di Kampung Baharu Kuala Besut, hari ini. - Mkini.
Kebetulan kepala hotak dia. Tak kira la adat Melayu ka, adat Cina ka, adat India ka atau adat Dusun Kadasan Murut sekali pun, rasuah tetap rasuah.
Yang lebih celakanya dia buat harta kerajaan macam harta mak pak dia, suka-suka dia nak bagi bila, kat mana dan kat sapa. Kalau nak bagi 'cenderamata' pun bagi guna duit sendiri la.
Malaysiakini juga melaporkan:
Pada program itu, Tajuddin menyampaikan bantuan bernilai RM147,750 dalam bentuk anak ayam kampung, kambing, makanan ayam dan motosikal roda tiga daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu kepada 314 petani sekitar Kuala Besut. - Ibid.Tapi nak buat macamana, rakyat Malaysia cukup ramai yang terlalu sebati dengan rasuah cara ni, dan rasuah cara ni memang dihalalkan oleh kerajaan pimpinan Umno BN. Adakah kalau takdak PRK di Kuala Besut seramai 314 petani di Kuala Besut akan dapat bantuan tu?
Yang lebih celakanya Malaysiakini juga melaporkan:
Sementara itu, seorang daripada penerima bantuan, Mat Yusof Awang Ahmad, 73, dari Kampung Gong Manok di sini berkata, beliau bersyukur menerima bantuan itu dan akan menjaga 15 ekor anak ayam kampung yang diterimanya dengan sebaik mungkin.Tingkat pendapatan apanya kalau takat bagi ayam 15 ekor?
"Ini kali pertama saya menerima bantuan seperti ini daripada kerajaan dan ayam ini akan dijaga sehingga cukup umur sebelum dijual pada harga RM8 sekilogram," katanya yang menjalankan penternakan ayam kampung secara kecil-kecilan. - Ibid.
Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2013/07/hujah-menteri-halalkan-rasuah-politik.html#ixzz2Z4xo77Yj