Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, July 16, 2013

Panas!!! ADUN Hulu Besut mengaku balun sehektar tanah pinggir laut di Kuala Besut... +Video

nawi mohamad adun hulu besut 210509Ketika rakyat ingin dapatkan tanah, 4 pemimpin UMNO balun seorang sehektar tanah pinggir laut di Kuala Besut...

Ketika rakyat biasa diberikan alasan tiada tanah ketika memohonnya, empat pemimpin Umno Besut didakwa masing-masing memiliki satu hektar tanah di Kuala Besut.

Ahli jawatankuasa Pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad mendakwa, empat pemimpin tersebut: Datuk Abdullah Mohd Zin (PT6964), Nawi Mohamad (PT 6904), Mohamad Pehimi Yusof (PT6903) dan Datuk Seri Idris Jusoh (PT6902).

Pada ketika itu, kata Dr Dzulkefly, Abdullah menjadi ahli Parlimen Besut, Nawi (ADUN Hulu Besut), Mohamad Pehimi (ADUN Kota Putera) dan Idris sebagai ADUN Jertih.

Ia bukan dimiliki pada penggal ini, tambah Dr Dzulkefly lagi.

"Inilah dia, tradisi mendahulukan penguasa politik. Kami cabar supaya terangkan apakah ini sebenar-benarnya hakikat," katanya di Markaz Besar Pilihan Raya PAS Besut di Kampung Baharu, Kuala Besut hari ini.

"(Sedangkan) dalam kempen pilihan raya, mari dengan beri kambing, lembu. Kononnya projek membangunkan Kuala Besut yang paling terpinggir dalam empat DUN dalam Besut," katanya dalam sidang media pagi ini.

Dzulkefly: Dokumen akan didedah
Dalam sidang media itu, Dr Dzulkefly yang juga bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) turut menunjukkan peta dan lokasi lot tanah itu dalam kawasan Bukit Dendong, mukim Tembila, daerah Besut.

Ditanya sama beliau mempunyai dokumen untuk menyokong dakwaannya, Dr Dzulkefly berkata:

"Itu akan didedahkan... Kita tahu... Jangan bimbang. Kami mahu mereka mencabar kami (balik).

"Kita semak. Setakat hari ini tidak ada siapa berani menyahut lontaran kami semalam," katanya. Malaysiakini sudah menghubungi keempat-empat pihak yang dinamakan di atas.

Setakat ini hanya Nawi yang memberikan responnya dengan mengakui perkara itu.-malaysiakini

Nawi: Ya, tapi rakyat biasa juga dapat tanah...
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut Nawi Mohamad mengakui mendapat sehektar tanah daripada kerajaan negeri Terengganu, seperti didedahkan PAS di tengah-tengah kempen pilihan raya kecil Kuala Besut hari ini.

nawi mohamad adun hulu besut 210509"Betul ada, tapi rakyat biasa juga dianugerah tanah oleh kerajaan negeri Terengganu," kata Nawi melalui SMS ketika ditanya Malaysiakini berhubung pendedahan ahli jawatankuasa Pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad pagi ini.

Dzulkefly hari ini mendakwa, ketika rakyat biasa diberikan alasan tiada tanah ketika memohonnya, empat pemimpin Umno Besut, termasuk Nawi masing-masing memiliki satu hektar tanah di Kuala Besut.

Sambil menyindirnya sebagai "tradisi mendahulukan penguasa politik", Dzulkefly mencabar pemimpin BN itu menjelaskan dakwaan yang disokong oleh dokumen berkaitan yang enggan didedahkan pada masa ini.

Nawi didakwa memiliki tanah PT6904 dalam kawasan Bukit Dendong, mukim Tembila, Besut. Tiga lagi menghadapi dakwaan sama: Datuk Abdullah Mohd Zin (PT6964), Mohamad Pehimi Yusof (PT6903) dan Datuk Seri Idris Jusoh (PT6902).

Malaysiakini turut menghubungi tiga lagi pihak yang dinamakan tetapi belum mendapat respon setakat ini.-malaysiakini

Rampas Tanah Roboh Rumah; Wakil Rakyat Umno Hanya Kata 'Nasiblah


Dah lah TANAH pemimpin UMNO sapu.. PROJEK pun dia orang nak sapu jugak..
Bung Mokhtar kata Tak minta projek dayus KLIK SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular