Apa tujuan kita boikot sesuatu produk. Tentunya sebagai tekanan ekonomi supaya syarikat atau negara tersebut merasai kesan boikot. Saya setuju boikot yang boleh menyebabkan ekonomi mereka terjejas lalu mereka menarik balik sokongan pada kezaliman.
Tapi dalam situasi boikot kurma Iran menjelang Ramadhan, apakah rasionalnya? Saudagar Kurma dari Malaysia (sebahagiannya Islam sunni dan selebihnya saudagar non muslim) telah mula buat order sejak awal Januari lalu malah ada yang sebelum itu lagi dan bayaran juga telah dibuat sejak 6 bulan lalu.
Bila seruan boikot dilancarkan sekarang, Iran tak terjejas sebab segala bayaran telah dijelaskan, malah pasti mereka akan tersenyum lebar, sebab mereka dapat untung dan secara tak langsung di atas semangat permusuhan dengan sunni mereka dapat bonus meruntuhkan rangkaian ekonomi sunni. Mereka mendapat untung dan yang akan menanggung akibat boikot ini adalah saudagar sunni, Iran tak terjejas apa apa malah dah boleh sambut hari raya dalam bulan Ramadhan ini.
Seruan boikot ini nampak lebih bodoh, bila kelihatan hanya jenama Yusof Taiyoob diangkat untuk diboikot, sedangkan hanya dua tiga jenama kurma sahaja datang dari Iran yg dijual oleh Yusof Taiyoob. (Produk Yusof Taiyoob paling popular datang dari Tunisia)
Ingin saya Tanya, sebenarnya anda yg memboikot ini, ‘Boikot Kurma Iran’ atau ‘Boikot Yusof Taiyoob’.
Untuk makluman, SEMUA KURMA MADU semua syarikat sebenarnya datangnya dari Iran walaupun tak tertulis dari Iran. Ada saudagar yg lurus dalam perniagaan, mereka tak menyembunyikan dari mana produk mereka ambil dan tertulislah di kotak “product of Iran”. Mereka menerima padah.
Ada juga syarikat terutama yg milik non muslim yg berjaya ‘mengelat’ apabila KURMA MADU mereka, tidak dinyatakan dimana mana bahagian kotak produk dari iran. Natijahnya semua produk Yusof Toiyoob diboikot termasuk dari negara Tunisia, Oman dan lain lain, dan rakyat Malaysia yg semangat berkobar kobar memboikot Kurma Iran terus menerus membeli KURMA MADU dari syarikat lain. (lawak betul) Dalam isu KURMA MADU ni, seruan dua tiga kerat org yg cerdik pun dah nampak kurang cerdik dalam memboikot. Mereka juga tak ada ilmu dalam bab kurma ni.... Sebelum boikot buat research dulu, jangan main hentam keromo.
Nanti pasti ada yg akan kata saya mempertahankan Yusof Taiyoob sebab kedai saya jual jenama itu. Saya tak ambil produk Yusof Taiyob dalam kuantiti yg banyak sebab berurusan dengan Syarikat Yusof Taiyoob, semua pelanggan tak kira siapa, akan dapat harga borong walaupun hanya ambil 1 Dozen. Untuk produk Yusof Taiyoob, sukar untuk saya menawarkan harga borong pada pelanggan saya yg ingin berniaga. Saya lebih selesa memasarkan jenama kurma dari Tunisia seperti dalam gambar di bawah.
Tapi saya simpati pada usahawan kecil kecilan. Bertahun mereka mencari rezeki melalui Yusof Taiyoob. berniaga di Pasar malam, kini mereka mengadu, biasanya jualan Kurma Yusof Taiyoob seminggu sebelum puasa memberansangkan, namun kali ini mereka merungut… Saya hanya mampu senyum tawar.
Saranan saya jika anda ingin berkempen untuk boikot.
1. Mulakan Dari awal sebelum order kurma dibuat secara besar besaran….
2. Nyatakan jenis Kurma dari Iran bukan nama Syarikat
Marilah kita memboikot dengan ilmu supaya kita tak nampak ‘bodoh’… Maaf kalau ada yg terasa.