Percikan api kemarahan rakyat terhadap Kerajaan yang mula dicetuskan di Tunisia telah merebak ke Mesir dan kini sudah semakin marak di Yaman.
Proses demokrasi yang sering dimanipulasikan oleh kerajaan dengan menggunakan penipuan undi, pengundi antu, persempadanan kawasan yang memberi kelebihan hanya kepada kerajaan, serta penyebaran maklumat yang berat sebelah diamalkan di negara-negara tersebut telah mencetuskan kebangkitan rakyat yang tidak dapat dikawal. [Malaysian Insider]
Protes kebangkitan dan pemberontakan rakyat di Tunisia sering dikaitkan denganisteri Perdana Menteri negara tersebut Leila Trabelsi yang berlagak mengalahkan menteri, dan bermewah-mewahan menggunakan duit negara, manakala krisis di Mesir dikaitkan dengan Parti yang diwakili presiden negara tersebut Hosni Mubarak yang sudah memerintah terlalu lama, malah menjadi boneka Yahudi Amerika.
Kalau dilihat, faktor-faktor yang menaikkan darah rakyat untuk memberontak di Tunisia, Mesir, dan Yaman juga terdapat di Malaysia. Malah Malaysia memilikikesemua faktor tersebut, ditambah dengan kegilaan kerajaan menaikkan harga barang kebelakangan ini.
Di Tunisia ada Leila Trabelsi, di Malaysia ada Rosmah Mansor. Di Mesir adaparti kerajaan Hosni Mubarak yang terlalu lama memerintah kerajaan, di Malaysia ada Barisan Nasional yang sudah 53 tahun memerintah. Di Yaman ada penipuan undi, di Malaysia juga ada penipuan undi melalui undi pos, dan pengundi hantu yang dilakukan oleh kerajaan.
Kini ditambah pula dengan trend kerajaan memungkiri janji kepada rakyat, Kata tol takkan naik selama 5 tahun, tiba-tiba tol naik juga. Kata harga minyak takkan naik, tapi naik juga. Bila minta kembalikan subsidi, kerajaan bagi alasan negara akan bankrap, minta naik gaji, Negara akan bankrap, keperluan asas rakyat yang diminta akan diberikan satu jawapan yang sama "Negara Akan bankrap jika ditunaikan".
Janji 100 hari pakatan rakyat yang menelan belanja RM 19 Billion, Najib katakalau jalankan negara akan bankrap. Tapi program transformasi Najib yang menelan belanja RM 51 Billion tidak pula timbul isu negara akan bankrap?
Sampai bilakah rakyat mampu bertahan untuk diperbodohkan di depan batang hidung begini? Adakah kebangkitan rakyat akan merebak ke Malaysia? Najib you better watch out!