Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, January 18, 2011

Tenang Masih Tenang, Tapi Umno Bergelora

Umno dijangka mengumumkan calonnya esok. Ia mungkin dilakukan sendiri perdana menteri. Najib kena turun sendiri sebab pilihan raya Tenang tidak berapa tenang buatnya. Pilihan raya Tenang akan dijadikan petunjuk. Najib perlu Tenang menang bagi menolak analisa sesetengah pihak mengatakan pengaruh Umno di Johor sudah mulai berkurangan sejak kebelakangan ini.

Najib juga perlu Tenang dimenangi Umno untuk membuktikan bahawa orang Cina masih menyokong Umno. Undi orang Cina yang beralih angin pada pilihan raya umum lalau dikatakan sudah berjangkit ke Johor. Sejauh mana wabak "PRU12" itu benar akan terjawab menjelang malam 31 Januari nanti.

Pilihan raya Tenang juga akan membuktikan sejauh mana pengaruh peribadi Chua Soi Lek dan Chua Jeng Meng di Johor. Mudah saja.. kalau Tenang dimenangi dengan majoriti besar oleh Umno bermakna Jeng Meng tidak mempunyai pengaruh besar dan mampu merubah suasana. Kehadiran Jeng Meng dalam PKR tidak lebih dari gendang naga saja. Kemenangan Umno di Tenang juga memberi gambaran bahawa Umno masih kuat dan totok di negeri berjiran dengan Singapura itu.

Sebaliknya kalau Umno kalah dan Pas menang, maka Umno Johor perlu bersiap sedia untuk membungkus diri. Selat Johor terbatang luas untuk menerima bangkai dan jenazah Umno dalam pilihan raya ke -13 kelak.

Perkembangan hari ini menggambarkan bukan senang untuk Umno menang besar di Tenang. Bukan saja kerana Pas menurunkan "Shopia Loren" tetapi antara puncanya nakti kerana masalah dalaman parti tersebut. Tenang sebenarnya bergelora bagi Umno.

Sehingga kini khabarnya Umno belum memutuskan siapa yang akan diletakkan berdepan dengan Shopia Loren. Ada empat nama yang disebut-sebut akan dipataruhkan oleh Umno. Mereka ialah timbalan ketua Umno Labis, Rsudin Mahmud, naib ketuanya, Hashim Daud. Dua nama lagi ialah ketua wanita Haslina Salleh dan seorang ahli biasa, Mohd Azhar Ibrahim.

Rusdin dan Hashim masing-masing adalah guru. Rusdin pernah berkhidmat di sekolah di Chaah manakala Hahsim adalah pesara. Haslina pula seorang ahli perniagaan dan Azhar penolong pegawai Daerah Rengit.

Itulah mpat nama yang disebut-sebut dan sedang berebut. Lobi melobi hangat dijalankan sehingga sampai ke Oman katanya? Kenapa Oman, tanya Mat Maslan ibnu Felda?

Selain dari empat nama itu ada satu lagi nama yang bergerak dari bawah dan mendapat sokongan ramai. Dia dimaksudkan ialah bekas Pegawai Khas bekas Timbalan Perdana Menteri Allahyarham Tun Ghafar Baba, Rahmat Yunus. Walaupun Rahmat ahli biasa tetapi mempunyai pengaruh meluas di Labis. Sudah timbul cerita kalau beliau tidak dicalonkan, beliau akan membuat onar. Katanya 12 cawangan sudah berada di tangannya yang akan dibubarkan bila-bila masa saja kalau Rahmat tidak dicalonkan.

Sama ada benar atau tidak, katanya berdasarkan sumber yang layak dipercayai, Rahmat juga sudah menemui Anwar Ibrahim. Apa cerita sila telefon Tamrin Ghabar.

Sekiranya isu Rahmat ini tidak dapat diselesaikan Umno akan menghadapi masalah besar di Tenang. Isu Rahmat inilah juga menjadikan Umno tidak tenang dan akan bergelora sehingga ke hari mengundi di Tenang. Apakah sempena dengan kunjungan Najib untuk meletak kerja hari ini, Rahmat sudah dibawah berjumpa Najib? Apakah? [ttdi.kl2:00 pm 18/01/11]

from . 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular