Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan lebih awal dari yang dijangkakan, sama ada pada Mei atau Jun ini.
Beliau berkata, pemimpin parti campuran pembangkang dalam Pakatan Rakyat semasa mesyuarat mereka baru-baru ini, menjangkakan pilihan raya umum akan diadakan pada bulan itu.
Katanya, mereka membuat jangkaan itu berdasarkan pada pelbagai bantuan yang diberikan kerajaan kepada rakyat bulan depan.
"Tetapi saya fikir ia akan diadakan lebih awal. Kenapa kerana saya boleh baca fikiran mereka kerana saya juga pernah antara salah seorang daripada mereka,” katanya pada majlis “Sepetang dengan Anwar Ibrahim” di Kelab Koresponden Asing Thailand (FCCT), di sini, malam tadi.
Penggal lima tahun kerajaan sekarang akan tamat pada Mac tahun depan.
— Tiewnama
http://bulatdusun.blogspot.com/2012/02/terkini-pilihanraya-umum-mei-2012.html