Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, February 14, 2012

Polis serbu rumah Ketua AMK Rembau !!


Kenyataan Ketua AMK Rembau

Kira - kira jam 9.00 pagi saya mendapat panggilan telefon dari Pegawai Polis yang dikenali sebagai ASP Wisma dari IPD Ampang. Beliau memaklumkan saya perlu berada pada jam 11.30 pagi di Balai Polis S2 untuk dirakam kenyataan.

Sampai di balai polis dia memaklumkan perlu ke rumah saya dan pejabat saya kerana polis hendak membuat rampasan komputer. Saya bersama dengan polis telah menuju ke kediaman saya di Senawang. Dalam perjalanan saya telah menghubungi che'GuBard, Ketua Cabang Rembau memaklumkan perkara ini. Arahan che'GuBard ialah jangan benarkan polis masuk selagi peguam tidak sampai.
Setelah menunggu 15 minit dikawasan rumah saya, akhirnya peguam Jason dan beberapa wartawan sampai. Juga tiba YB Ravi (ADUN PD Bandar) dan YB. P.Gunasekaran (ADUN Senawang). Sekumpulan polis masuk ke rumah saya dengan berpakaian seragam, isteri saya yang sedang cuti sakit terkejut, anak-anak tentu keliru dan jiran - jiran pasti bercakap. Mereka membawa keluar komputer kami sekeluarga yang isteri saya sering buat kerja pejabat yang tak selesai dan anak - anak sering gunakan juga untuk urusan kerja sekolah mereka.

Kes ini bersangkutan dengan kes akaun twitter palsu / menyamar yang mulanya menggunakan twitt handle @AMK_Rembau. Twitt ini wujud ketika pemilihan parti dan digunakan sebagai strategi memburukkan nama Ketua Cabang Rembau yang pada ketika itu menawar diri bertanding Ketua AMK Pusat. Strategi ini memang berluasa tanpa dikawal ketika itu penggunaan akaun laamn sosial palsu meruapakn antara strategi utama politik jahat menjatuhkan che'GuBard ketika itu.

Namun semuanya tidak berhenti selepas pemilihan selesai. Akaun palsu yang menggunakan identiti AMK Rembau ini terus digunakan dengan menggunakan ayat-ayat lucah, kasar dan ada kalanya melampau seperti menghina raja. Saya yakin ini semua untuk memburukkan che'GuBard.

Pada 5 Julai, saya selaku Ketua AMK Rembau telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kewujudan twitter AMK Rembau ini. klik sini untuk baca.

Namun pada 27 Disember lepas, ASP Wiswar telah 'menahan' che'GuBard dan merampas telefon 'Blackberry' miliknya kononya kerana ada laporan oleh Umno ke atas twitter 'AMK Rembau' yang menghina raja. klik siniuntuk baca lanjur

Serentak dengan itu saya juga ada dihubungi oleh ASP Wismar. Kemudian saya sendiri dua kali menghubungi pegawai polis tersebut untuk bertanya apa yang saya perlu bantu atau adakah saya perlu hadir ke balai. Malangnya dia cuma kata tak apa nanti akan hubungi semula.

Sehingalah pagi semalam datang dan terus mendesak. Saya terangkan mengenai twitter tersebut dan sedia tunjukkan beberapa bukti yang kaitkan beberapa suspek, malangnya ASP tersebut seperti tidak tahu lansung bagaimana twitter beroperasi dan hanya ikut arahan iaitu 'bosnya' suruh rampas komputer dan bawa balik.

Saya cuma mahu tegaskan di sini hari ini keluarga saya terganggu, isteri saya dan anak saya. Saya beri masa tiga hari kepada manusia yang menyamar disebalik twitter AMK Rembau yang selepas dari siasatan polis bermula dengan menahan che'GuBard menjelang tahun 2012 lepas telah beberapa kali menukar twitt handle nya agar tampil segera.

Boleh hubungi saya melalui email atau telefon. Jika tidak saya 'terpaksa' menyerahkan semua bukti dan maklumat berkaitan kamu kepada polis dengan membuat laporan polis 'semula' mengenai kes ini. Ternyata akaun twitter tersebut berbalas twitt dengan beberapa mereka yang kononya bertaraf pemimpin pusat. Termasuk berbincang hadir dalam program dan belanja makan.

Ketika kita perlu fokus berdepan Umno Bn dalam PRU yang semakin dekat kenapa perlu ada perangai busuk seperti ini ? Kamu yang konon berwajah suci depan tetapi sebenarnya berhati busuk suka membunuh sesama jemaah dan umpama gunting dalam lipatan.

Sani Md Shah
Ketua AMK Rembau
14 Febuari 2012
http://bulatdusun.blogspot.com/2012/02/polis-serbu-rumah-ketua-amk-rembau.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular