Dakwaan 'gadai akidah' yang di buat oleh Harussani adalah terlalu berat buat Najib. Di mana penasihat agama ketika Najib menghadiri upacara seperti itu? Di mana Jamil Khir? Di mana Mashitah? Kenapa tidak hantar wakil Najib yang beragama Hindu sahaja ke upacara tersebut? Hanya untuk meraih undi Najib sanggup lakukan apa sahaja.
Harus di ingat dakwaan ini datangnya dari Mufti 'Umno' bukannya dari Pakatan Rakyat. Sekiranya dakwaan ini datangnya dari Pakatan Rakyat, pasti akan dipolemik. Berapa banyak media Umno yang keluarkan dakwaan Harussani ini?
Hanya kerana untuk menjaga 'boss' apa pun sanggup disembunyikan. Berapa ramai lagi mufti dan ulama Umno yang tidak berani menegur perbuatan Najib ini.
Dakwaan Harussani yang mengatakan sudah menegur Najib dan pimpinan Umno tentang perkara ini berulang kali amat-amat menyedihkan. ( Baca SINI )
Memandangkan negara kita yang dimomokkan sebagai negara Islam sedangkan pemimpinnya tidak hiraukan perkara berkaitan akidah. Jauh sekali untuk menegakkan hukum Allah. Jikalau beginilah cara seorang pemimpin, patutkah rakyat perlu patuh kepada pemimpin seperti ini? addin
Akuan Bersumpah Mr. Thagarajoo berkerja sebagai pemandu kepada Datuk Kenneth Eswaran iaitu kawan karib Dato' Seri Najib
Ini adalah akuan bersumpah yang tidak disiasat oleh PDRM kerana ianya melibatkan Datuk Seri Najib dan Rosmah Mansor. Mr. Thagarajoo dari Bandar Kinrara Puchong, Selangor yang pernah berkhidmat dengan Datuk KS Nallakaruppan dan kemudiannya berkerja sebagai pemandu kepada Datuk Kenneth Eswaran telah mendedahkan bahawa Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor telah menggunakan bomoh Hindu.
Datuk Kenneth Eswaran adalah rakan akrab kepada Datuk Seri Najib Razak. Antara apa yang dinyatakan oleh Thagarajoo dalam ‘akuan bersumpah’nya ialah :-
Beliau sendiri (atas arahan Datuk Kenneth) yang membawa bomoh bernama Mr. Ji berbangsa India dan beragama Hindu ke rumah Datuk Seri Najib untuk upacara berbomoh mengikut amalan Hindu. Bomoh tersebut didatangkan khas dari Kerala, India.
Bomoh tersebut bukan sekali ke rumah Najib tetapi banyak kali.
Antara kaedah berbomoh yang dilakukan di dalam rumah Najib termasuklah yang memerlukan Najib dan Rosmah duduk di tengah-tengah sementara Mr. Ji menjalankan upacara menteranya (mungkin dengan berjampi mengelilingi Najib dan Rosmah) yang menggunakan segala peralatan berunsur kepercayaan agama Hindu.
Kemudiannya Najib dan Rosmah akan dimandikan dengan susu lembu oleh bomoh tersebut.
Menurut Thagarajoo, setiap kali amalan Hindu ini dilakukan ke atas Najib dan Rosmah, beliau hadir sama.
Semasa pilihanraya kecil Ijok pada tahun 2007, Thagarajoo telah memandu Mr. Ji ke Pusat Pembuangan undi untuk menjalankan aktiviti menteranya bagi menjamin kemenangan calon Barisan Nasional dari MIC, K. Partiban.
Thagarajoo penuh yakin amalan berbomoh Hindu ini masih diteruskan oleh Najib dan Rosmah. Malahan beliau yakin Mr. Ji turut dibawa ke Permatang Pauh.
Datin Seri Rosmah pernah meluahkan rasa bimbangnya kepada Datuk Kenneth sekiranya Datuk Seri Abdullah Badawi berkahwin dengan Jeanne. Datuk Kenneth kemudiannya memberi jaminan dia akan meminta bantuan bomoh Hindu itu untuk menghalang perkahwinan Abdullah dengan Jeanne.
Di bawah ini disertakan salinan asal akuan bersumpah Mr. Thagarajoo.