Belum pun lagi FGV di senaraikan ke bursa saham, Isa Samad dah buat macam-macam hal. Kalau betul Isa Samad buat rumah terbuka aidil firti september tahun lalu di rumah dia guna duit Felda, maka jelas Felda tidak akan selamat! Mana nak selamat kalau perbuatan yang sebegitu jelas tidak amanah, tidak berintegriti, membazir boleh berlaku sebegitu mudah!
Apa pulalah alasan Isa Samad untuk menafikan hal ini? Kalau sharizat, alasan dia ialah dia tak ada kena mengena dengan apa yang berlaku di NFC kerana itu urusan suami dia, bukan dia! Alasan Jamil Khir, dia tak guna duit zakat, cuma pakai je dulu sekejap! Alasan Isa Samad? Kita dengar nanti apa pula alasannya hendak membodohkan peneroka dan rakyat.
Nampaknya, keberanian Isa Samad menjadikan Felda itu bagaikan hak sendiri adalah kerana sebilangan besar peneroka sendiri. Kenapa peneroka? Kerana majoriti peneroka tak kisahpun!
Jangan sampai nanti keturunan Peneroka pun akan terjual dan tergadai! Bangkitlah peneroka. Sudahlah…cukuplah sayangkan Umno kerana Umno sudah lagi tidak membantu menjaga hak peneroka. Jika Tun Razak dan Umno zamannya baik dan berjasa kepada peneroka Felda, Najib Razak dan Umno zamannya sudah tidak begitu lagi! Harta Felda boleh tergadai oleh Umno zaman Najib dan Isa Samad!
Isa guna RM353,000 wang Felda buat rumah terbuka?
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) hari ini mendakwa Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad menyalahgunakan wang Felda sejumlah RM353,375 bagi mengadakan rumah terbuka Aidilfitri, September tahun lalu.
Presidennya, Mazlan Aliman berkata, Isa tidak mengadakan rumah terbuka di Ibu Pejabat Felda seperti kebiasaannya, sebaliknya memilih untuk mengadakannya di kediamannya di Port Dickson.
"Sepatutnya Felda mengadakan rumah terbuka di ibu pejabatnya dengan kos lebih kurang RM30 ribu.
"Tapi Tan Sri Isa buat di kediaman sendiri. Jadi sudah tentu memerlukan peruntukan yang banyak untuk tujuan pengangkutan dan sebagainya, dan dia guna duit Felda, sudah tentu duit peneroka," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.
Selain itu, turut dipersoal isteri Isa, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid yang juga mengadakan rumah terbuka, juga menggunakan duit Felda.
Kos rumah terbuka tersebut mencecah RM17,875 dan diadakan di Taman Fatimah, Kuala Pilah.
"Apa gunanya isteri dia buat rumah terbuka guna anam sendiri dan peruntukan Felda? Sepatutnya cukuplah pengerusi Felda sahaja yang buat," katanya.
Sehubungan itu, Anak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan tersebut.
"Kami akan buat laporan ke SPRM dan SPRM dapat menyiasat perkara ini," katanya. - harakahdaily