Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, January 16, 2011

Pinda AUKU hanya berlaku jika PR perintah


Pinda AUKU Jalan Terbaik Bebaskan Kongkongan Mahasiswa
KUALA LUMPUR 16 Jan. : Memansuhkan peruntukan yang mengekang kebebasan mahasiswa dalam Akta Universiti Dan Kolej Universiti (AUKU) dilihat lebih rasional dan jalan terbaik berbanding memansuhkan akta tersebut keseluruhannya, kata Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat Rafizi Ramli.


Rafizi menjelaskan keseluruhan kandungan AUKU adalah mengenai perjalanan urustadbir dan kawal-selia institusi-institusi pengajian tinggi negara ini dan memansuhkan akta itu boleh mengganggu urus tadbir perjalanan universiti.

Beliau berkata perbezaan antara AUKU dan Akta Keselamatan Dalam Negeri, adalah pemansuhan ISA tidak menjejaskan operasi kerajaan kerana kekhususannya memburu dan mematikan elemen-elemen insurgensi.

"Kalau saudara-saudari baca AUKU, bab kongkongan aktiviti mahasiswa dan kebebasan intelek pensyarah hanya sikit sahaja. Yang lain adalah tatacara mentadbir universiti dan bidang pendidikan. 

Ada dua jenis akta, satu adalah boleh dimansuh terus tanpa jejas apa-apa institusi, contohnya ISA. Saya banyak ditanya oleh pengamal media mengapa akta media cetak tidak disertakan dalam 100 hari. 

Ini kerana ia termasuk dalam kategori kedua, kerana ia menjelaskan bagaimana kita kawal selia universiti. Kalau dimansuhkan AUKU, maka tidak ada undang-undang untuk mentadbir universiti kita," katanya.

Rafizi berkata demikian menjawab soalan hadirin di Forum Mahasiswa Malaysia di ibu negara, 14 Januari lepas.

Beliau menjelaskan PKR mahu mengambil pendekatan realistik memperkenalkan perubahan secara langsung tetapi pantas dalam masa 100 hari Pakatan Rakyat mengambil-alih pentadbiran negara.

"Kita ada dua cara untuk kita tangani kekangan mahasiswa, pertama kita mansuh terus, untuk itu berlaku ia memerlukan draf pertama,kedua, ketiga dan memerlukan masa yang lama. Cara kedua adalah kita ambil jalan lebih cepat dengan mengambil langkah meminda dan mansuhkan bahagian-bahagian yang mengongkong mahasiswa dan pensyarah," katanya.

Dalam isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dan Biasiswa Kerajaan, Rafizi menjelaskan biasiswa yang ditekankan dalam Buku Jingga berbeza dengan konsep biasiswa boleh-ubah yang diamalkan kerajaan sekarang ini.

"Sudah tidak ada biasiswa di Malaysia ini, yang ada ialah pinjaman boleh-ubah. Maknanya adik bila keluar sekolah dapat biasiswa,tetapi bila balik dari luar negara, adik perlu bekerja dengan petronas contohnya. Sekarang lebih teruk kerana bukan semua yang dapat biasiswa itu dapat kerja.

Bagi mereka yang tidak diterima kerja, mereka perlu bayar wang besar, kalau diberi diskaun pun sedikit. Contohnya saya sendiri terpaksa membayar hingga 30-40 ribu kerana saya meletak jawatan dari Petronas enam bulan lebih awal dari tempoh tujuh tahun yang diperlukan," katanya.

Menurut Rafizi, perbezaan paling ketara adalah Pakatan Rakyat mahu memperkenalkan dasar yang maju ke hadapan, dengan menjamin hak pendidikan rendah, pendidikan menengah dan ijazah pertama percuma untuk rakyat.

"Kerajaan akan menjamin hak pendidikan tinggi secara percuma itu adalah hak rakyat, rakyat paling kurang mendapat ijazah pertama percuma, terutamanya di Eropah. Masalah di Malaysia adalah tiada komitmen itu, sebab itu PTPTN ditubuhkan. Mekanismanya adalah PTPTN akan meminjam institusi kewangan biasa pada kadar empat peratus, dan dipinjamkan semula pada adik-adik dengan caj perkhidmatan satu peratus," katanya.

"Kalau saya jadi CEO PTPTN pun saya tidak ada jalan lain kerana saya tidak dapat wang dari kerajaan. Saya terpaksa pinjam dari swasta untuk dipinjamkan kepada adik-adik," katanya lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular