Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, January 19, 2011

Fitnah Terhadap Azmin dan Shamsidar


Khalid Jafri didapati bersalah tulis maklumat palsu - 
ARKIB : 26/06/2005

Penulis buku, Datuk Khalid Jafri yang menyambut hari lahirnya yang ke-65 tahun, hari ini disabitkan bersalah oleh Mahkamah Sesyen Ampang dekat sini atas tuduhan menulis maklumat palsu dalam bukunya, 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM.


Hakim Mohamed Saman Mohd. Ramli membuat keputusan secara lisan kira-kira pukul 12.35 tengah hari ini.

Beliau kemudiannya menetapkan pada 6 Julai depan untuk mendengar rayuan sebelum menjatuhkan hukuman terhadap Khalid.Khalid memakai baju kemeja kuning dan berseluar hitam ditemani isterinya, Datin Rozihan Abdul Ghani dilihat bersahaja sambil matanya memandang tepat ke arah Mohamed Saman ketika keputusan itu dibacakan.

Dia yang hadir ke mahkamah sejak pukul 9.30 pagi, mengaku tidak bersalah ketika di hadapkan ke mahkamah atas tuduhan tersebut pada 12 Ogos 1998.

Pada 19 Februari 2003, Mohamad Saman mengarahkan Khalid membela diri selepas memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Kes itu yang dibicarakan hampir tujuh tahun dengan pihak pendakwaan memanggil 11 saksi termasuk setiausaha sulit bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim iaitu Azmin Mohd. Ali.

Pihak pembelaan pula mengemukakan dua saksi termasuk keterangan Khalid sendiri dan Datuk Musa Hassan yang kini Timbalan Ketua Polis Negara serta memanggil semula saksi pendakwa, Supritendan Mohd. Rodwan Mohd. Yusof.

Khalid atau nama penuhnya Abdul Khalid @ Khalid Jafri Bakar Shah didakwa menulis maklumat palsu pada muka surat 29, perenggan 12 buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM.

Khalid didakwa di bawah Seksyen 8(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Dalam keputusannya, Mohamad Saman menyatakan bahawa Khalid, sebagai seorang wartawan sejak tahun 1963 lagi telah gagal mengambil langkah-langkah yang munasabah sebelum menerbitkan buku tersebut.

Kata hakim itu, Khalid menulis buku tersebut hanya berdasarkan cerita dengar cakap daripada beberapa orang yang dikenalinya.

Selain itu, jelas Mohamad Saman, beliau juga mengambil kira keterangan Ahli Kimia, Lim Kong Boon, 51, yang menyatakan bahawa hasil analisis DNA yang dibuatnya menunjukkan berkemungkinan bahawa 99.9 peratus anak itu adalah anak kandung Azmin dan Shamsidar.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Kamal Baharin Omar manakala Khalid diwakili oleh peguam Sashi Menon.

Mohamad saman mengekalkan ikat jaminan RM5,000 terhadap Khalid sementara menunggu hukuman.

Khalid yang ditemui pemberita sambil tersenyum berkata: ``Saya belum bersalah lagi, keputusan belum dibuat, 6 Julai nanti baru tahu.' Sumber
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular