Lim Guan Eng secara jenaka menulis di Twitter bahawa dakwat kekal kini "boleh dimakan".
Bodoh sangatlah kalau ada sesiapa yang nak makan atau nak hirup dakwat SPR itu bila tahu dari Shahidan Kassim hari ini yang menjelaskan bahawa bahan kimia yang digunakan dalam dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke-13 adalah bahan pewarna makanan.
Tapi kalau mentakedarah, memang aku percaya. Puak-puak ini tidak pernah berasa puas atau kenyang mentakedarah kapal selam scorpene dan pelbagai lagi.
Patutlah kos keseluruhan untuk dakwat yang tidak bermutu itu boleh mencecah sehingga RM7,100,000 jumlahnya! Baca beritanya di sini
SPR takut sangat hal skendal pembelian dakwat tidak kekal ini terbongkar sehinggakan mereka enggan mendedahkan nama pembekal tersebut konon atas alasan keselamatan.
Pelik sangat alasan yang diberikan. Kalau cara pembelian dibuat secara bersih dan tidak ada perlakuan korup, apa yang SPR takutkan?
Apakah maksud keselamatan SPR itu semata-mata mahu menjaga 'telor tembelang' mereka dari dipecahkan dan berbau busuk?
Kita berharap, cara pembelian dakwat ini disiasat dengan telus dan dedahkan malaun mana yang mentakedarah projek pembelian dakwat ini yang melibat perbelanjaan yang begitu besar sekali.
Tahniah kepada Rafizi Ramli, yang walaupun sibuk dengan BLACKOUT 505 selama ini, tapi diam tak diam, beliau mampu melakukan siasatan dan mempunyai maklumat mengenai nama syarikat yang membekalkan dakwat kekal kepada Suruhanjaya Pilihan Raya. Baca di sini
Sebab keselamatan kepala hotak SPR BANGSAT
Dah la belanja mahal, tipu gua pewarna makanan lepas tu nak main rahsia pulak konon atas faktor keselamatan.
Keselamatan kepala hotak hangpa!!!
Memang bangsat la SPR ni, siapa yang lantik depa-depa ni... - lensahp
Jawapan sengal menteri…
Entah kenapa tuah Shahidan Kassim dilantik menteri. Maka jadilah dia Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Entah kenapa lagi, tiba-tiba menteri yang jawab di pihak SPR. Sepatutnya SPR yang sepatutnya menjawab di Parlimen!! Itu akan berlaku sekiranya SPR berada di bawah Parlimen dan bukannya di bawah Jabatan Perdana Menteri seperti sekarang. Apabila SPR berada terus di bawah Parlimen taklah boleh SPR berbohong seperti yang terbongkar pada hari ini. Ada nitrat peraklah, membahayakan kesihatanlah bohong SPR.
Juga nak diceritakan di sini tentang jawapan sengal menteri yang cuba-cuba pertahankan SPR…
“Kesan ketahanan penggunaan dakwat kekal adalah tertakluk kepada individu dan usaha-usaha yang dilakukan bagi tujuan menghilangkan dakwat kekal berkenaan.”
Sengal jawapan tersebut kerana sekiranya dakwat itu kekal, segala usaha-usaha yang dilakukan individu tidak akan berjaya kalaulah dakwat itu benar-benar kekal. Namun begitu seluruh negara bercerita tentang dakwat kekal menjadi tak kekal sesudah membasuh dengan sabun pencuci pinggan. Tak perlu bersusah payah berusaha, dakwat tersebut dah tak kekal.
Takkan menteri nak minta pengundi berusaha, balik bungkus jari masing-masing yang dicalit dakwat supaya dakwat tersebut terus menjadi kekal. Selepas bungkus, guna ‘bandage’ lekatkan di dada. Selepas tujuh hari, buka balutan tersebut, tunjukkan kepada SPR dan berkatalah kepada mereka “Heh, memang ia dakwat kekallah, bagus perbelanjaan RM7 juta kamu!!”
- Ekeleh
Dakwat Kekal: Putarbelit Oleh SPR Untuk Pertahankan Penipuannya!
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengakui hari ini di Dewan Rakyat tiada bahan kimia yang digunakan dalam dakwat kekal yang digunakan pada pilihan raya umum 5 Mei lalu, sebaliknya digantikan dengan pewarna makanan.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim memberitahu dalam transkrip jawapan kepada pertanyaan Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng yang mahu SPR menjelaskan kandungan dakwat kekal tersebut memandangkan keberkesanannya semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dipersoalkan kerana boleh ditanggalkan.
"Tiada kandungan bahan-bahan kimia digunakan dalam dakwat tersebut sebaliknya ianya digantikan dengan penggunaan bahan-bahan pewarna makanan yang diluluskan," kata Shahidan hari ini.
Kenyataan tersebut nyata berbeza dengan penjelasan SPR sebelum ini yang mengatakan mereka menggunakan Nitrat Perak dalam dakwat kekal sebelum ini dan memberikan alasan pengurangan kandungan tersebut sebagai punca kemelut dakwat kekal tersebut ditanggalkan berlaku.
Shahidan juga berkata tarikh luput dakwat kekal adalah empat bulan daripada tarikh ia dikeluarkan serta menyalahkan pengundi yang sengaja berusaha menanggalkan dakwat tersebut sebagai punca ia tidak kekal.
"Tarikh luput dakwat kekal adalah dalam tempoh empat bulan dari tarikh ianya dikilangkan.
"Kesan ketahanan penggunaan dakwat kekal adalah tertakluk kepada individu dan usaha-usaha yang dilakukan bagi tujuan menghilangkan dakwat kekal berkenaan," katanya lagi.
Dalam jawapan bertulis lagi, Shahidan juga memberitahu dewan sejumlah RM6.9 juta dibelanjakan untuk penggunaan dakwat kekal disamping perbelanjaan tambahan RM200 ribu meliputi kos pengangkutan, pembungkusan serta penyimpanan dan menjadikan jumlah keseluruhan adalah RM7.1 juta.
Shahidan turut berkata SPR tidak bercadang untuk memaklumkan maklumat pembekal dakwat kekal kepada umum atas sebab keselamatan.
Pakatan Rakyat menyalahkan penipuan pilihan raya menyebabkan mereka tidak menjadi kerajaan walaupun menang undi popular dalam Pilihan Raya 2013.
Isu dakwat kekal yang boleh ditanggalkan antara penipuan didakwa oleh PR dilakukan oleh SPR, malahan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada bulan lalu dalam perhimpunan besar-besaran yang dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), telah menggesa orang awam untuk membuat laporan polis jika mereka berhadapan dengan insiden dakwat kekal tanggal daripada jari mereka sebaik mengundi pada 5 Mei lalu.
Malahan, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan pihaknya telah menubuhkan pasukan khas bagi mengenal pasti punca yang menyebabkan dakwat kekal yang digunakan pada PRU13 tidak kekal lama selepas dicalit.
Barisan Nasional (BN) mempertahankan kuasa dalam pilihan raya 5 Mei dengan hanya 133 kerusi Parlimen, lebih 21 daripada syarat 112 kerusi Parlimen untuk menang majoriti mudah.
Walau bagaimanapun, kemenangan BN kali ini lebih kecil di Parlimen sejak negara Merdeka pada 1957.
PR enggan menerima kekalahan tersebut, sebaliknya mempertahankannya dengan kemenangan undi popular sebanyak 51 peratus berbanding BN 48 peratus — keputusan sama yang diperoleh pemerintah pada 1969 selepas kehilangan undi popular.
PR juga telah memfailkan 39 petisyen pilihan raya untuk mencabar keputusan di dalam 25 kerusi Parlimen dan 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di mana BN menang dengan majoriti kecil, yang didakwa mereka hasil penipuan semasa pilihan raya.
Walaupun tedapat bantahan besar ke atas pengendalian PRU13, SPR menegaskan mereka telah menjalankan pilihan raya secara adil dan berjaya, serta memberikan jumlah tinggi yang keluar mengundi sebanyak 84.84 peratus sebagai bukti keyakinan terhadap sistem pilihan raya di Malaysia. -TMI