ANAK MUDA "BERSILAT" SESAMA SENDIRI, SYIAH DATANG SEBAGAI BATU API
MEMANG aku dah jangkakan, perbalahan akibat strategi masing-masing di dalam menekan SPR akhirnya akan diambil kesempatan oleh pihak lain yang sememangnya suka melihat kita sesama kita berbalah.
Musuh masing-masing tetap sama iaitu Umno dan SPR, tetapi melihat kepada perbalahan seolah-olah kita sesama kita ini seperti musuh ketat zaman berzaman.

Di dalam FB Penyelaras SAMM, Chegu Bard aku lihat ada beberapa orang yang mengambil kesempatan menghangatkan perbalahan kononnya di antara Chegu Bard dengan Ketua Pemuda PAS. Ini timbul apabila TV3 suku bangsat itu menyiarkan temubual YB Us Nasruddin Tantawi dengan pihak media di Parlimen baru-baru ini.
Memang TV3 suku dikenali sebagai lidah resmi Syaitan yang pastinya akan sentiasa mencari ruang bagaimana untuk mengelirukan penonton-penonton terutamanya yang bengap-bengap di kampong. Maka, temubual atau soal jawab dengan Ketua Pemuda PAS itu tidak disiarkan sepenuhnya oleh TV bangsat tersebut. Yang di'highlight'kan adalah kenyataan YB Us Nasruddin Tantawi, "Saya terima keputusan Pilihanraya..".
Maka, ramailah yang melatah dengan kenyataan itu. Hakikatnya, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat itu terang-terang dan jelas menyebut bahawa menolak sebarang bentuk penipuan Pilihanraya dan kepincangan sistem demokrasi di negara ini.
Bukankah beliau juga hadir sewaktu Himpunan Rakyat Blackout 505 di Padang Merbok baru-baru ini? Bukankah itu salah satu cara atau pendekatan kita untuk menunjuk rasa tidak puas hati serta menuntut agar Pengerusi SPR dan Timbalannya meletakkan jawatan? Jadi, mengapa cepat sangat melatah?

Anak muda terutamanya warga SAMM telah melaksanakan pendekatan mereka tersendiri yang sememangnya kita hormati dan sokong. Perkhemahan sekumpulan anak muda di Padang Merbok seterusnya berarak di depan Parlimen juga ramai yang sokong. Walaupun ada di antara mereka itu menyalak memaki hamun MP-MP dari PR yang mengangkat sumpah, bagi aku itu bukan suara SAMM. Masakan SAMM beraksi seperti orang hilang akal. Aku dengar khabar suara itu datangnya dari 'kumpulan Anarki" Siapa tu?
Berhenti setakat itu isu tersebut sebab aku sudah ulas di dalam artikel aku sebelum ini. Cuma, aku mahu beritahu kita kena berhati-hati kerana telah mula ada puak Syiah yang sememangnya amat bermusuh dengan PAS kini telah mula meresap ke dalam FB di kalangan kita. Mereka mainkan peranan menjadi batu api laga-lagakan anak-anak muda dengan PAS.
Salah seorang dari mereka ada menyebut bahawa anak-anak muda yang berhimpun dan berarak itu telah di'kencing' oleh Pemuda PAS. Batu api ini memang kerja Syiah yang kini setiap hari dilaknat oleh umat-umat Islam di negara kita.

Sehubungan itu, berhati-hatilah. Jika anak-anak muda ini ingin meneruskan silat gayung mereka dengan Pemuda PAS, silakan dengan hujah-hujah kamu, tetapi jika puak-puak Syiah ini datang, berpakatlah kamu untuk sepak terajang Syiah yang sesat itu. Syiah tidak akan senang hidup mereka selagi wujudnya Ahli Sunnah Wal Jamaah. - WFAUZDIN NS
Apa sudah jadi pada orang kuat PKR dan SAMM ini?
Taufek: Che'GuBard sila bantah secara profesional
WARTAWAN SINAR HARIAN
27 Jun 2013
Status FB Che'guBard yang dianggar tidak wajar.
SEREMBAN - Komen pedas Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali sebagai Che'GuBard di laman sosial Facebook baru-baru ini dianggap kurang wajar.
Pesuruhjaya Pas negeri, Mohamad Taufek Abd Ghani berkata, tidak salah untuk meluahkan perasaan atau ketidakpuasan hati, namun biarlah dengan cara yang betul dan tertib.
“Memang banyak saluran boleh digunakan bagi menzahirkan sebarang pandangan atau bantahan pada masa kini, tetapi tidak semestinya perlu menggunakan kata-kata kesat.
“Tidak kisahlah kepada siapa komen tersebut ditujukan sekalipun, yang penting ia perlu dibuat secara profesional dan bukannya mengutuk dari belakang,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Mohamad Taufek berkata, tindakan mencaci maki sedemikian tidak membawa sebarang manfaat kecuali memberi imej buruk kepada diri sendiri, sekali gus mendedahkan kepincangan dalam sesebuah perikatan atau organisasi.
“Bagi kita, salah satu langkah yang boleh diambil adalah berbincang secara face to face atau bersua muka kerana kaedah sebegini dilihat lebih membuahkan hasil berikutan kedua-dua pihak dapat bersuara dan saling membela diri,” katanya.