Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, November 17, 2011

Tengku Adnan Juga 'Kondem' Shahrizat

Projek lembu Shahrizat memeningkan ramai pemimpin Umno. Begitu juga dengan Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor. Dia berkata kelewatan NFC memberi penjelasan berhubung isu itu boleh menjejaskan imej serta nama baik UMNO serta Barisan Nasional (BN).

Dia bersetuju dengan saranan TPM Muhyiddin berkata, Shahrizat yang juga Ketua Wanita UMNO sepatutnya mengutamakan parti, kerana tindakannya berdiam diri akan mewujudkan persepsi negatif orang ramai terhadap UMNO.

“Kalau tidak melakukan kesalahan, beliau sepatutnya mempertahankannya dengan mendedahkan perkara sebenar, bagi mengelakkan pihak tertentu mengambil kesempatan yang boleh menimbulkan masalah kepada parti,” katanya kepada media selepas menyampaikan Bantuan Khas Awal Persekolahan kepada Murid Tahun 2012, di Putrajaya, semalam.

Bagaimana tak pening, RM250 juta diseleweng, beli kondo RM9.8 juta dan sasaran pengeluaran lembu daripada 60,000 ekor lembu menjadi kepada 8,000 lembu. Kalau 8,000 peneroka Felda pun boleh buat. Inilah akibat puak-puak Umno berniaga dengan kerajaan, pasti kerajaan yang terkena!! Akhirnya wang tetap lesap juga. - ekele.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular