Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, November 17, 2011

Kata Fitnah, Kenapa di Tarik Balik???

Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) telah menarik balik susu tepung jenama itu dari pasaran, sehari selepas dakwaan bahawa kandungannya melanggar batas-batas yang ditetapkan oleh Akta Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Dalam satu kenyataan di laman web hari ini, KR1M berkata produk itu telah dikeluarkan buat sementara waktu tetapi tidak memberikan sebarang sebab bagi berbuat demikian.

“Pembekal susu tepung KR1M telah dimaklumkan dan produk berkenaan telah dikeluarkan buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak,” petik kenyataan itu.

Mengenai dakwaan sos cili jenama 1Malaysia yang didakwa mempunyai tahap raksa dan plumbum melebihi paras yang dibenarkan, pengendalinya menafikan perkara itu.

“Buat masa ini, ujian makmal dari pembekal menunjukkan bahawa formula produk itu mematuhi keperluan Akta Peraturan-Peraturan Makanan,” petik kenyataan itu lagi.

KR1M: Menteri tolak cabaran debat Pua

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menolak cabaran Pakatan Rakyat untuk berdebat berhubung kontroversi Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang didakwa menjual produk pada harga lebih tinggi manakala kualitinya pula lebih rendah.

ismail sabri universiti malaya 161111Ismail Sabri berkata cabaran yang dibuat oleh setiausaha publisiti DAP Tony Pua supaya perbahasan itu bakal yang disiarkan menerusi televisyen dibuat dengan niat untuk menggagalkan projek berkenaan dan mencari kesalahan kerajaan.

"Mereka tidak berminat untuk bantu rakyat Mereka mahu kedai 1Malaysia ditutup dan boleh berkata: '... Tengok BN (sama dengan) Barang Naik (inflasi). Dan kerajaan gagal untuk mengekalkan kos hidup yang rendah',

"Jelas dari awal lagi (Pua) berniat jahat, jadi saya tidak berminat. Saya hanya berminat (berdebat) dengan orang-orang yang ikhlas (mahu membantu rakyat)," katanya.

Katanya, adalah lebih produktif jika Pua dan konco-konconya menghubungi kementeriannya dengan penyelesaian dan bukannya mengadakan sidang akhbar harian mengutuk kedai 1Malaysia.

"Kami tidak bertolak ansur dengan kualiti. Jika KR1M buat silap, kami akan meminta mereka untuk memperbetulkannya.

"Apa yang kita tidak mahu adalah fitnah, seperti fitnah terhadap harga (KR1M). Itu tidak betul," kata Ismail Sabri.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar selepas merasmikan Pergerakan Pengguna Pelajar (GPS) di Universiti Malaya (UM).

Terdahulu, semasa pelancaran itu, beliau berkata bahawa produk KR1M dan makanan kos rendah Menu Rakyat kini boleh didapati di UM. MKini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular