
Agihan yang berupa 'anugerah' itu dibahagi-bahagikan dikalangan 'kerabat dan kroni' parti Umno, kononnya bertujuan mengongkosi biaya pilihnaraya umum ke-13.
Menurut sumber Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu, keseluruhan kawasan berjumlah lebih 50,000 ekar itu telah diluluskan oleh Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said pada 6 dan 7hb September, 2011.
Pemimpin-pemimpin pertengahan Umno di bahagian-bahagian yang dianugerahkan kawasan balak tersebut mendapat setiap seorang diantara 600 ekar hingga 100a ekar kawasan
Antara yang dikesan memperolehi anugerah dari Ahmad adalah seorang 'tauke emas' dan seorang jutawan 'orang kuat Umno' (OKU).
Tauke emas tersebut dilaporkan sebagai 'orang kuat Najib' dari kawasan Hulu Terengganu yang disebut-sebut akan menggantikan Mat Rozi sebagai calon Umno/BN DUN Telemong.
Beliau yang didakwa mendapat kawasan balak dalam kawasan hutan simpan Setiu, juga dilaporkan memiliki lesen kontraktor kelas 'C' dan sedang membina rumah bernilai puluhan juta ringgit (Gambar atas).
Seorang lagi jutawan OKU yang didakwa mendapat anugerah 'balak pilihanraya' itu adalah orang kuat Umno Setiu.
Walaupun tidak duduk di barisan hadapan sebagai ahli politik Umno Setiu, jutawan OKU ini sangat berpengaruh mencorakkan lanskap Umno Setiu.

Dilaporkan, kekayaannya yang 'melimpah ruah' cukup terserlah apabila baru sahaja menduduki istana bernilai RM3 juta yang dibina dicelah-celah pohon rendang di kawasan Putrajaya Setiu (Gambar kanan). buletinonline