Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, November 17, 2011

Dasar taik kucing, busuknya terlalu kuat dan berak kencingnya merata!

Muhyiddin yang tegur Bung Mokhtar, yang mendesak Sharizat letak jawatan kerana Shahrizat 'orang sendiri' membuktikan berapa hodohnya perangai para pemimpin Umno. Ahli Umno tidak boleh menegur seorang menteri Umno, agar meletak jawatan, kerana satu isu yang besar kerana konon 'orang sendiri'!

Siapa ajar Muhyiddin Yassin bahawa 'orang sendiri' yang salah urus duit rakyat tak boleh digesa letak jawatan oleh orang-orang Umno sendiri, kerana faktor 'orang sendiri'? Sesungguhnya desakan Bung itu wajar kerana peruntukan untuk NFC itu adalah wang rakyat!

Jika projek NFC itu menggunakan duit hak mak bapak Umno, mungkin sesuailah agaknya para pemimpin Umno menggunakan dasar jangan desak letak jawatan kerana itu 'orang sendiri'! Eh duit Umno sendiri, belasah je lah! Tapi masalahnya NFC itu guna duit para pemimpin Umno ke? Duit Shahrizat?

Patutlah berbagai-bagai projek oleh kontraktor-kontraktor Umno dari peruntukan wang cukai rakyat, yang rosak, roboh, bocor, retak dan runtuh begitu banyak, kerana jangan ditegur sebab kontraktor-kontraktor Umno yang mendapat projek-projek itu 'orang sendiri'!

Bina stadium, stadium runtuh! Bina sekolah, sekolah retak! Bina asrama pelajar, asrama asrama bocor! Bina hospital, siling melayang! Maka macam-macam terjadi oleh kerana dasar jangan tegur 'orang sendiri' para pemimpin Umno!

Agaknya, bagi para pemimpin Umno, makna integriti, ketelusan dan amanah hanya untuk orang lain atau musuh politik Umno sahaja. Untuk 'orang sendiri' tak payah, lahap sahajalah sesama sendiri sampai kenyang tembolok asalkan orang ramai tidak tahu dan tidak ambil kisah!

Dasar para pemimpin Umno sebegini, betul-betul dasar taik kucing, busuknya terlalu kuat dan berak kencingnya merata! Cheh! - GARAMLADA

NFC: Mahfuz bidas Muhyiddin masih membisu

Abdl Aziz Mustafa
KUALA LUMPUR, 15 Nov: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu menjelaskan adakah keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dipilih mengendalikan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) kerana mereka adalah 'orang sendiri'.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar juga membidas Muhyiddin yang membisu terhadap peranannya sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika itu dalam memberikan projek tersebut kepada keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu.

"Dalam tegurannya kepada (Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk) Bung Moktar (Radin), Muhyiddin menyifatkan tuntutan timbalan pengerusi BNBBC (Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional) itu supaya Shahrizat meletak jawatan sebagai sesuatu yang tidak perlu di kalangan 'orang sendiri'.

"Persoalannya, adakah keluarga Ketua Wanita Umno itu dipilih mengendalikan NFC kerana mereka juga adalah 'orang sendiri'?" Ahli Parlimen Pokok Sena itu mempersoalkan.

Mahfuz juga mempersoalkan sikap Muhyiddin yang hanya bersuara apabila Shahrizat dituntut supaya meletak jawatan.

"Saya tidak mahu mempersoalkan keghairahan Muhyiddin membela rakannya dalam kabinet dan kepimpinan Umno serta menolak tuntutan Bung Moktar supaya Shahrizat meletak jawatan.

"Memang Shahrizat patut meletak jawatan jika beliau mementingkan maruah tetapi yang lebih penting ialah apakah peranan Muhyiddin, Shahrizat sendiri dan bekas Perdana Menteri (Tun Abdullah Ahmad Badawi) sehingga keluarga Shahrizat dipilih mengendalikan NFC?

"Rakyat berhak mendapat jawapan yang jelas tanpa sebarang keraguan mengenai peranan mereka. Bagaimana syarikat tidak ada pengalaman boleh diluluskan?" katanya sambil menekankan bahawa projek kontroversi yang diuruskan oleh anggota keluarga Shahrizat itu diperolehi mereka ketika Abdullah menjadi Perdana Menteri.

Muhyiddin hari ini menegaskan Shahrizat tidak terlibat secara langsung dalam NFC dan tidak perlu meletakkan jawatan sebagai anggota kabinet dan parti.

Dalam kenyataannya, Abdullah pula meminta Shahrizat supaya jangan melayan tuntutan supaya beliau meletakkan jawatan.

Sumber:harakahdaily

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular