KUALA LUMPUR: Pertandingan BN Youth Music 2011 yang julung kali diadakan Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN), dilancarkan hari ini dengan peserta hanya perlu memuat naik video persembahan mereka untuk dinilai juri profesional.
Ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin, berkata peserta boleh mula memuat naik video enam minit di laman web www.bnyouthmusic.com sebelum tempoh penyertaan tamat akhir tahun ini.
Beliau berkata, 30 peserta terbaik akan dipilih untuk membuat persembahan secara langsung dalam pusingan separuh akhir dan 12 terbaik akan dipilih untuk ke pusingan akhir pada Januari depan.
Khairy berkata, pertandingan itu adalah bagi memberi peluang kepada generasi muda yang mempunyai bakat nyanyian dan tarian untuk menonjolkan bakat mereka menerusi kaedah muat naik yang kini semakin digemari generasi itu.
"Kaedah mencari bakat ini adalah releven dan Pergerakan Pemuda BN sentiasa memikirkan platform terbaik bagi generasi muda mempamerkan bakat mereka," katanya kepada pemberita selepas melancarkan pertandingan itu di sini.
Khairy berkata, juara bagi kategori solo, vokal berkumpulan dan band akan diberi peluang untuk membuat rakaman dengan Syarikat Universal Music Malaysia, selain akan membawa pulang hadiah wang tunai dari RM20,000 hingga RM10,000 dan trofi.
Katanya, antara juri profesional yang akan menilai persembahan vokal dan kreativiti peserta adalah penyanyi rock terkenal, Awie serta pelakon Zed Zaidi.
Peserta boleh melayari laman web berkenaan untuk mengetahui maklumat lanjut berkaitan pertandingan itu. -BERNAMA
Memang sah bagi Pemuda BN, program hiburan yang bersepah di negara kita belum mencukupi untuk menampung bakat anak muda. Khairy hanya mampu meng'imarah'kan akhlak anak-anak muda dengan nyanyian dan tarian sahaja. Hanya itu mampu dilakukan Pemuda BN. 'Amar maaruf' sebegini, insyaallah Khairy! tentunya mendapat sambutan amat menggalakkan.
www.ekele.net