Grab the widget  IWeb Gator

Saturday, November 19, 2011

Dasar KATAK : PEKUNG Ezam dan Zul Kulim terbongkar

Rahsia Ezam Mat Nor terdedah akhirnya. Begitu sebuk akhir-akhir ini ke sana kemari menjilat ludah beliau.

Pada mulanya ramai yang tertipu.Ramai yang menganggap peninggalan Ezam Mat Nor dari perjuangan KeAdilan adalah kerana Ezam tidak puas hati dengan kepimpinan Anwar. Sedikit sebanyak telah menjejaskan imej Anwar Ibrahim apabila Ezam yang dianggap orang kanan lari meninggalkannya.

Mengikut memoir Dr. Syed Husin Ali, Ezam telah berkata:

“Doktor, sekarang ini saya tiada pekerjaan dan tidak ada sumber pendapatan. Pendapatan saya sebanyak US$3,000 sebulan di Indonesia sebagai pengarah sudah terhenti sejak syarikat itu tutup.

“Sekarang saya terpaksa bergantung hanya kepada pendapatan isterti saja. Malulah, walaupun gajinya besar juga, kira-kira RM8,000. Saya kena cari peluang untuk mendapatkan satu dua jawatan pengarah. Ini boleh hanya jika ada bukti saya sudah meninggalkan parti,” tulisnya dalam buku itu.

Selepas itu Ezam telah berkata:

"Doktor. Saya berhenti. Sekarang ini musuh saya bukan lagi Azmin. Musuh saya ialah Anwar. Percayalah saya akan melakukan apa saja untuk memusnahkannya,” Ezam didakwa berkata.

Ertinya, Ezam sudah berdendam dengan Anwar Ibrahim sebelum Pakatan Rakyat menang beberapa negeri yakni jauh sebelum pilihanraya 2008.

Maka, tak hairanlah Ezam diberi ganjaran dunia oleh UMNO dan Najib Tun Razak. Apa jasa Ezam kepada Malaysia untuk melayakan beliau dilantik Senator di Dewan Negara? Tidak lain hanyalah jasa beliau untuk menghancurkan Anwar Ibrahim tidak kira cara dan metod yang digunakan.

Termasuk cara yang diharamkan oleh Allah SWT.

Begitulah saudara-saudari pembaca sekelian. Janganlah kita terpengaruh dengan manusia seperti Ezam Mat Nor ini. Beliau mendapat ganjaran dunia dan habuan material untuk memfitnah dan menghancurkan Anwar Ibrahim.

Kalau kita percaya dan mengikuti jejak langkah Ezam Mat Nor, apa yang kita dapat? Yang pastinya kita dapat dosa kerana mempercayai fitnah Ezam Mat Nor. Malaysia Waves

Zul Noordin pula didakwa minta RM60,000

Veteran PKR Dr Syed Husin Ali mendakwa, beliau pernah diberitahu bahawa Naib Presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Zulkifli Noordin pernah meminta RM60,000 untuk mengosongkan kerusinya bagi membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.

Dr Syed Husin berkata, ia berlaku apabila Anwar pada mulanya dirancangkan parti bertanding di kerusi Kulim-Bandar Baharu yang disandang Zulkilfi, ketika itu masih bersama PKR.

"Aku diberitahu mula-mula Zulkifli bersetuju berundur dengan syarat beliau dibayar oleh parti, khabarnya sebanyak RM60,000, walaupun aku tidak dapat memastikan jumlah sebenar," dedahnya dalam memoirnya yang baru dilancarkan.

Tempoh sekatan Anwar bertanding tamat pada 14 April 2008. Anwar kemudiannya bertanding di kerusi Permatang Pauh yang dikosongkan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail yang juga isterinya.

Buku Memoir Perjuangan Politik juga mendedahkan, selepas Umno menarik balik kes kegagalan menyerahkan laporan perbelanjaan dalam pilihan raya sebelumnya, Zulkifli kemudiannya menukar fikiran.

"Tidak dapatlah Anwar bertanding di Bandar Baru Kulim," tulis bekas timbalan presiden PKR itu.

Zulkifli, kini anggota parlimen bebas, kemudian sering memburukkan parti dan Anwar dalam tulisan blog yang mendapat liputan meluas, yang kemudian mengheretnya ke jawatankuasa disiplin PKR, dakwa Dr Syed Husin.

"Akhirnya beliau disingkirkan daripada parti. Tohmahan dan fitnah beliau semakin meningkat," coret Dr Syed Husin.

"Terutama sekali selepas beliau dan seorang lagi yang keluar parti, Datuk Zahrin (Hashim), dibawa oleh PM Najib ke Amerika Syarikat. Mengikut Zulkifli mereka berbincang tiap-tiap tiap-tiap malam dengan PM."

Malaysiakini telah menghubungi Zulkifli dan masih menunggu komennya berhubung dakwaan itu. MKini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular