Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, August 11, 2011

UMNO pelopor sogok wang!!! - Mursyidul Am Pas

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgc_s4V6gIeuyRqtrt3rnQXJdJ9JSr631tr9A3X7P2dC0eifhBFenqW6yshcY19bJepnRjcz6_KU8fCmJeJsdX_LhdRQnOm-YNJCMARG_od7oyTTMtShSaHrYqVyy_CSLXSOumBl4NsGfQ/s1600/wanita-umno-rasuah.jpgKOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa UMNO mempelopori unsur sogokan kepada rakyat seperti yang berlaku dalam pilihan umum dan kecil. 

“Cerita manusia disogok wang ini bukan baru. Bahkan jika disebut tentang kepakaran menyogok wang ini, saya kira ada pihak lain yang lebih mahir dari pihak yang disebut-sebut itu. 


“Cuma barangkali yang disebut-sebut sekarang ialah gereja dan pihak Kristian, sedangkan yang lebih hebat bermain wang dan sogokan seolah-olah tidak bersalah,” katanya dalam satu kenyataan mengulas mengenai serbuan di sebuah gereja di Selangor mendakwa ada di kalangan orang Islam yang diberi habuan untuk menukar akidah dan murtad. 

Nik Aziz berkata, sogokan boleh diberikan dalam pelbagai bentuk dan tidak semestinya dalam bentuk wang yang diberikan di gereja. 

“Islam tidak tertegak dengan sogokan wang, sogokan boleh datang dalam bentuk projek mee segera. Itu belum dikira penggunaan wang secara berleluasa menjelang pilihan raya, dan bukankah setiap kali pilihan raya, rakyat disogok dengan pelbagai sogokan untuk memancing undi, projek-projek mee segera diumumkan serta merta di kawasan berlakunya pilihan raya kecil, apa namanya ini jika bukan sogokan?” katanya. 

“Apa guna ditetapkan umur 21 tahun untuk layak mengundi dengan tujuan pengundi dapat menggunakan pertimbangan akal yang matang untuk memilih pemimpin jika wang ringgit mampu membeli pertimbangan tersebut,” katanya. 

Menurutnya, apa yang didakwa berlaku di Selangor tidak kurang teruknya dengan situasi yang berlaku di Kelantan dan Terengganu sebelum ini. 

“Di Terengganu, ketika Presiden Pas, Dato Seri Abdul Hadi Awang menjadi Menteri Besar, mereka sekat royalti minyak dan ditukar menjadi wang ihsan, dan wang ihsan inilah yang dijaja ke seluruh negeri untuk menyogok rakyat. Begitu juga di Kelantan hari ini, mereka menjaja wang ihsan yang asalnya merupakan royalti yang wajib dibayar,” katanya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular