Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, August 10, 2011

Malaysia ku : Buat Sendiri lebih MAHAL dari BELI


Laporan berita dari Indonesia pada 7 Ogos 2011 menyebut kerajaan Malaysia telah menempah 23 buah kereta perisai untuk kegunanaan tentera pada harga Rp 7 miliar atau RM 2.4 juta sebuah. Murah gila. Malaysia akan buat kereta perisai sendiri sebanyak 257 buah pada harga RM 8 billion atau RM31.1 juta sebuah.


Mahalnya. Kalau beli 257 buah kereta perisai dari Indonesia baru RM 620 juta. Boleh jimat RM 7.3 Billion. Bayangkan dengan RM 7.3 Billion berapa ramai veteran tentera boleh dibantu, berapa ramai balu tentera boleh dibantu. Berapa ramai anak-anak tentera dan veteran tentera boleh dapat biasiswa, tak perlu pinjam PTPTN dan sebagainya. Berapa banyak universiti untuk anak-anak tentera boleh dibina.


Kalau ada lebih RM 7.3 Billion tu boleh salurkan ke Pusat Zakat pula untuk elakkan orang Islam minta bantuan dari pihak gereja.


Nampaknya Zahid Hamidi kena jawab kenapa lebih mahal buat sendiri dari beli kereta perisai ni. Mungkin kereta perisai Malaysia lebih tebal dindingnya, lebih jimat minyak, boleh masuk lebih banyak peluru berpandu, boleh tembak jet pejuang, tayarnya lebih 2 biji.

Inilah masalahnya jika sistem keselamatan sudah jadi bahan niaga.  - chegubard


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular