Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, August 10, 2011

Serbuan JAIS : SIAPA YANG BERI ARAHAN ???


Patutlah PERKASA bersungguh2 mempertahankan JAIS


Maklumat ini Tulang Besi dapat dari sumber dalaman JAIS dan Kerajaan Negeri Selangor. Siapa yang beri maklumat, Tulang Besi tidak dapat bagitau kerana diminta oleh mereka untuk tidak didedahkan identiti mereka.

Serbuan JAIS ke atas Gereja Methodists itu berlaku pada malam 3 August 2011. Pada pagi 4 August 2011, berlaku mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) di mana ia dihadziri oleh Pengarah JAIS dan Exco Agama, Dato' Hasan Ali.

Di dalam mesyuarat tersebut, isu serbuan JAIS ke atas Gereja Methosists telah dinaikkan. Pengarah JAIS serta Exco Agama secara terus terang menyatakan bahawa beliau tidak tahu lansung berkenaan serbuan tersebut.


Jelas, bukan Pengarah JAIS mahupun Exco Agama (Hasan Ali) yang mengeluarkan arahan untuk menyerbu Gereja Methodist tersebut.

Soalnya sekarang, SIAPA YANG BERI ARAHAN TERSEBUT? Di sinilah timbul spekulasi bahawa arahan tersebut datang dari UMNO.

Ini kerana sewaktu serbuan tersebut, terdapat sokongan padu dari pihak polis dan lain lain lagi. Agensi2 kerajaan Persekutuan yang dibawah UMNO ini begitu memberi kerjasama kepada JAIS sewaktu serbuan tersebut WALAUPUN JAIS TIADA WARAN UNTUK MEMBUAT SERBUAN.


Mustahil Polis boleh memberi kerjasama sebegitu sekiranya JAIS sendiri tiada waran ataupun bukti jelas untuk melakukan demikian.

JAIS SUDAH LAMA HILANG KREDIBILITI 

Minta maaflah, tapi Tulang Besi sudah lama hilang kepercayaan dengan JAIS. Semenjak sebelum 2004 lagi apabila JAIS menggunakan gangster dan samseng untuk memecah pintu pejabat Masjid yang TUlang Besi selalu solat.

Sewaktu JAIS menangkap Ustaz Asri hari itu, pegawai2 JAIS masuk ke dalam rumah seperti samseng dengan berkasut. BEgitu kurang ajar dan biadap mereka ini terhadap seorang bekas Mufti.

Itu lah dia JAIS yang dipertahankan sangat sekarang ini dalam isu Gereja Methodist ini.

Jadi, susah bagi TUlang Besi untuk menyokong JAIS yang telah berjasa kepada UMNO selama ini dengan jayanya.

Jelas, JAIS tidak lebih dari kumpulan samseng yang digunakan untuk kepentingan UMNO, bukan untuk kepentingan Islam. Ini adalah sikap yang Tulang Besi ambil terhadap JAIS dan sila lihat sendiri dalam video di bawah.

Tulang Besi

ps lihat sendiri bagaimana JAIS melayan bekas Mufti PERLIS sebagai penjenayah seperti di bawah:

Popout

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular