Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, August 10, 2011

Tender Di Pulau Pinang, Umno atau MCA Yang Bohong?

Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek  Presiden MCA marah kepada kerajaan Pulau Pinang kerana diskriminasi terhadap orang China dan lebih utamakan orang Melayu dalam isu pemberian kontrak.

Kenyataan daripada Presiden MCA ini, menyebabkan rakyat tertanya-tanya siapa yang pembohong?. Umno atau MCA yang bohong, atau kedua-dua pembohong.


MCA menyelar tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang yang hanya memberikan tender kepada dua kontraktor Cina (2 peratus)  sedangkan jumlah projek ditawarkan sebanyak 968 buah bernilai RM125 juta.


Selama-lama ini pemimpin Umno membawa isu ini kepada pengundi-pengundi melayu terutamanya, dengan mengatakan melayu Pulau Pinang ditindas  di bawah pimpinan YAB Lim Guan Eng.


Sebenarnya MCA dan Umno sudah dilanda penyakit demam panas, sehingga hilang daya ingatan dan rasional. Umno hendak beli undi Melayu, MCA hendak beli undi China. Biarlah mereka bercakap merapu asalkan cita-cita politik mereka tercapai.


YAB Lim Guan Eng mengatakan beliau memberi kontrak berdasarkan kebolehan melalui tender terbuka. Beliau menyatakan beliau bukan rasis, tetapi melawan rasuah.


Kenyataan Presiden MCA sekarang sudah terjawab. Kerana inilah yang menjadi modal penceramah Umno kononnya kerajaan Pulau Pinang menindas Melayu dengan tujuan orang Melayu jangan sokong Pas, kerana DAP bersama dengan Pakatan Rakyat.


*** Kenyataan Media Ustaz Idris Ahmad AJK Kerja PAS Pusat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular