Dengan perlantikan Palanivel, Presiden baru MIC sebagai Senator dan dilantik sebagai anggota kabinet, maka kabinet Najib mempunyai begitu ramai senator. Ada lima orang senator sebagai Menteri penuh, dan ada 5 orang senator sebagai Timbalan Menteri.
Kalau saya tidak silap, semasa Tun Haji Abdul Razak Hussain menjadi Perdana Menteri, hanya ada seorang sahaja Senator yang berjawatan Menteri. Senator itu pun hanya kekal sebagai senator selama lebih kurang 6 bulan sahaja untuk memahirkan dia sebagai Menteri, dan selepas itu Menteri berkenaan meletakkan jawatan sebagai Senator dan bertanding di kawasan Parlimen Lipis, iaitu Senator Tan Sri Ghazali Shafei.
Kabinet Najib dari masa ke semasa menambahkan bilangan Senator menjadi Menteri dan Timbalan Menteri.
Ini membawa erti bahawa Najib menganggap Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional adalah terdiri daripada mereka yang tidak layak mengisi Dewan Parlimen. Atau adakah sebenarnya Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional yang menjadi calon didalam Pilihanraya Umum ke-12 dahulu terdiri daripada mereka yang tidak layak dijadikan Ahli Parlimen.
Didalam pada itu berlaku pula keganjilan bahawa ada penjawat jawatan penting didalam pimpinan Pemuda UMNO tidak dilantik sebagai Menteri atau Timbalan Menteri. Sedangkan orang nombor dua dari hiraki Pemuda UMNO dilantik sebagai Timbalan Menteri, dan tentu ada muslihat yang hanya boleh dibuat pelbagai andaian bahawa orang yang dikalahkan oleh Ketua Pemuda UMNO untuk jawatan Ketua dilantik sebagai Timbalan Menteri.
Perlantikan Palanivel sebagai Menteri pula tidak membayangkan bahawa Najib mahukan tokoh yang benar-benar berupaya menjadi Menteri kerana Palanivel pernah menjadi Menteri dan beliau tidak membawa sebarang impak pun didalam kementeriannya.
Mungkin Najib memahukan senator-senator yang dilantik menjadi Menteri atau Timbalan Menteri didalam kabinetnya itu boleh memainkan peranan besar, namun prestasi Menteri-Menterinya yang dilantik sebagai Senator itu tidaklah menunjukkan KPI yang baik.
Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional tentulah juga tertanya-tanya kenapa perlunya dilantik Senator untuk dijadikan Menteri, sedangkan Menteri-Menteri/Timbalan-Timbalan Menteri itu tidak menunjukkan prestasi yang tinggi.
Mereka juga tertanya-tanya kenapa mereka itu dilantik senator untuk ke jawatan Menteri kerana kebanyakan Senator itu terdiri daripada mereka yang pernah menjawat jawatan Menteri dan telah kalah didalam pilihanraya umum yang lalu yang juga membawa erti bahawa Menteri-Menteri/Timbalan-Timbalan Menteri itu ada terdiri daripada mereka yang gagal semasa memegang jawatan itu dahulu.
Senator sewajarnya dilantik sebagai Menteri kabinet hanya untuk keperluan yang benar-benar boleh memberikan jawapan kepada keperluan yang terdesak yang sangat memerlukan kehadirannya. Tetapi jika senator/Menteri itu berperanan hanyalah sebagai senator/Menteri yang biasa sahaja, maka keperluan melantik begitu ramai senator untuk dijadikan Menteri/Timbalan Menteri adalah satu exercise sekadar nak menunjukkan bahawa "aku boleh buat apa aku suka sebagai Perdana Menteri" dan boleh dikategorikan sebagai menyalahgunakan kuasa.
Dan jika dikatakan bahawa kabinet Najib adalah kabinet yang lemah, maka itulah jawapan kepada persoalannya.
http://lubokkawah.blogspot.com/2011/08/terlalu-ramai-senator-dalam-kabinet.html
Friday, August 12, 2011
MP Parlimen BN Tidak Layak mengisi "DEWAN PARLIMEN"???
TOP Ten Minggu INI
-
Mungkin ada yang dah kenal, atau mungkin baru nak mengenali bakal pemimpin akan datang kita ni. Apa yang dipaparkan nanti betul-betul tidak...
-
Edisi Berita Tak Pelik Setelah persetujuan rundingan meja bulat oleh Menteri-menteri BN yang kaya melebihi tokey 18 petrol pam dibuat dip...
-
Dibawah ini ialah proxy yang korang perlukan untuk melayari internet secara percuma tanpa sebarang bayaran. Kira kira 6 jam masa aku habis u...
-
SIBU 26 APRIL : Lebih 100 penduduk Iban menyerbu ibu pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di Sibu semalam dan menuntut baki RM400 se...
-
Kali ni kita berbicara tentang Mak Mah, SUPERBOROSWOMAN 1Malaysia untuk 2012 ini.. Segalanya bermula beberapa hari lalu apabila akhbar Sydn...
-
Mitshubishi tiru proton wakaka!! Tragedi yang menyayat hati telah berlaku petang tadi depan mata masa gua singgah showroom Edaran Otomobil...
-
Pengadu dalam kes fitnah liwat II, Saiful Bukhari Azlan nampaknya kena banyak banyak bersabar! Ini kerana rayuan yang dikemukakan melalui p...
-
Mengapa BR1M diumum RM 1200 dalam akujanji BN yang lepas? Kos untuk melaksanakan ini adalah melibatkan peruntukan hampir RM 11 Billion.
-
Hatiku tertanya tanya apa kabar bibik di seberang, mengapa sepi tanpa berita?? Kirimkanlah beritamu walau sebaris ayat buat penawar rindu k...
-
Inilah video yang menunjukkan bagaimana kejamnya As-Sisi sehingga mengarahkan jentolak untuk meruntuhkan khemah yang di dalamnya masih ada ...
Paling Popular
-
Dibawah ini ialah proxy yang korang perlukan untuk melayari internet secara percuma tanpa sebarang bayaran. Kira kira 6 jam masa aku habis u...
-
Mungkin ada yang dah kenal, atau mungkin baru nak mengenali bakal pemimpin akan datang kita ni. Apa yang dipaparkan nanti betul-betul tidak...
-
Anak main fb, bapak dalang hina hudud terkantoi Konspirasi didedahkan oleh hanief = malaysianews Guna user name matamata . Disyaki seba...
-
DAYAH paling kanan yang hampir nak tersembul tu..
-
Edisi Berita Tak Pelik Setelah persetujuan rundingan meja bulat oleh Menteri-menteri BN yang kaya melebihi tokey 18 petrol pam dibuat dip...
-
Menteri Kata Tidak Salah Tonton Porno Jika Bukan Cari KEUNTUNGAN. Wow!
-
-
Rakaman pengisytiharan Siapa Penderhaka Di Gua Musang di dalam Majlis Ramah Mesra Ke Bawah Duli yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Bersama ...
-
Mitshubishi tiru proton wakaka!! Tragedi yang menyayat hati telah berlaku petang tadi depan mata masa gua singgah showroom Edaran Otomobil...
-
ADAKAH IA SEBAHAGIAN DARI KONSPIRASI DAJAL / PARA KONSPIRATOR DUNIA ??