Nampaknya perangai parti dalam BN sama, MIC, MCA atau UMNO, hanya memikirkan kepentingan diri. Tetapi bagi rakyat biasa, lebih baik MCA atau MIC jangan keluar dari BN.
Sebab rakyat hendak menguburkan kamu bersama sama dengan UMNO. Ugutan kamu memang tidak berguna, sebab rakyat tahu kamu takkan keluar dari BN. BN adalah tempat kamu mengikis harta rakyat.
Kamu ingin tahu kenapa kaum Cina sudah tidak menyokong MCA? Melayu sudah tidak sokong UMNO? Atau India sudah tidak sokong MIC?
Kerana parti perkauman cina MCA sudah tidak mampu menunjukkan mereka membela kaum Cina. MIC sudah tidak mampu menunjukkan merekalah yang membela kaum India. UMNO lagi lagilah tidak membela nasib orang melayu. Yang terbela adalah korporat di dalam UMNO, MCA dan MIC.
Yang senang dan selesa hidup hanya anak anak pemimpin yang menjadi jutawan segera. Yang kaya hanya anak Madey, anak samy vellu atau anak liong sik. Jadi adakah MCA atau MIC akan berani keluar dari BN? Tunggulah kucing keluar tanduk. Jika keluar, sudah pasti nanti akan adalah beberapa pemimpin akan dituduh rasuah dan menyeleweng.
Kalau keluar? Akan terdedahlah cara mereka mendapat hasil kekayaan mereka. Jadi cakap cakap pemimpin MCA untuk mengkaji tindakan keluar BN hanyalah satu cara untuk menarik kembali sokongan kaum Cina. Itu hanya taktik lapuk dalam berpolitik. Kamu ingat kamu masih boleh tipu rakyat ke? Walaupun ada sesetengah pemimpin MCA yang betul betul ingin keluar dari BN, nescaya mereka akan disekat oleh bos besar mereka yang punya kuasa wang dalam politik di Malaysia.
Mereka sekarang hanya saling salah menyalahkan. UMNO menyalahkan MCA, MCA menyalahkan UMNO, MIC UMNO, UMNO MIC, MCA GERAKAN MIC entah macam macam ah. Biar rakyat bagi faham kepada kamu semua. Sebenarnya bukan salah sapa sapa pun, bukan salah UMNO, MIC atau MCA. Cuma rakyat sudah semakin benci dengan BN.
Jadi selagi namanya BN, rakyat akan menolak kamu. Rakyat akan berjuang menjatuhkan kamu dengan setiap pangkah dalam PRU 13 akan datang. rakyat ingin mengembalikan hak yang kamu rampas selama ini. Rakyat ingin membawa Malaysia ke arah satu mercu tanda yang baru.
Malaysia yang aman damai dengan berbagai kaum. Rakyat hidup dengan penuh dengan kasih sayang di bawah kerajaan yang adil dan membela nasib rakyat. Iaitu di bawah Pakatan Rakyat.
Jadi rumusannya bukan MCA yang salah, bukan MIC yang salah dan bukan UMNO yang salah, yang salah ialah Pakatan Rakyat. Kerana Pakatan Rakyat muncul dalam saat kebejatan pemerintahan BN.
Salah Pakatan Rakyat, kerana Pakatan Rakyat menonjolkan imej yang adil dan membela nasib semua kaum....sebab itu rakyat sudah tidak undi BN....bodooooohh piiiiaaaaannnngg!!!