Polis bohong melalui video cut and paste kata pegawainya ditolak , mari lihat video sebenar yang tidak cut and paste
ORANG ramai diminta menonton rakaman video yang diambil Polis Diraja Malaysia (PDRM) lapor akhbar pengampu nombor wahid kerajaan Rosmah Mansor, Utusan Malaysia [Utusan].
Mengapa orang ramai diminta menonton video tersebut? Jawapannya, berhubung isu BERSIH 2.0, kerajaan Rosmah Mansor mahu rakyat fikir Polis baik. Bila Polis difikir baik, maka rakyat akan jadi jahat.
Malangnya, video tersebut sekadar memburukkan lagi imej Polis yang sudah sedia buruk di mata rakyat. Sebelum ini pihak Polis telah dikesan memutar belitkan isu dakwaan Mat Sabu dilanggar kereta Waja Polis, rujuk link-link berikut [Putar belit Polis], [Berita bercanggah] dan [Salinan Report].
Satu lagi penipuan terang-terangan dikesan dilakukan oleh pihak Polis, semasa mendedahkan video untuk membuktikan kononnya Polis baik, rakyat jahat. Tanpa rasa bersalah, Polis mendakwa salah seorang pegawai kanan Polis telah ditolak sehingga terjatuh di stesen KTM pada 9 Julai lalu.
Apa yang melucukan, tanpa perlu kita meneliti secara terperinci pun sudah jelas bahawapegawai kanan Polis itu ditolak oleh anggota Polis sendiri. Apa yang cuba disampaikan? Adakah bila Polis jatuh ditolak oleh Polis sendiri maka rakyat yang salah? Kah kah kah gila gila...
Saksikan sendiri dengan mata kepala anda video di bawah ini.
ReJaM© "Kambing pun tahu, yang pakai vest polis tu adalah Polis hohoho..."