Grab the widget  IWeb Gator

Friday, July 29, 2011

Rosmah mahu PERMATA lagi besar...Rosmah ni ADUN/MP mana ekk

Selepas mendapat peruntukan RM211 juta bagi tahun 2010 dan 2011, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mahu peruntukan yang lebih untuk Program Permata Negara (Permata).

Bernama hari ini melaporkan Rosmah yang juga pengerusi Jawatankuasa Kerja Penyelerasan Permata Negara berkata, peruntukan itu kononnya bagi memperluaskan pembangunan pusat berkenaan di kawasan memerlukan, terutama di luar bandar.


Rosmah juga berkata penubuhan pusat itu untuk 'memastikan' kanak-kanak terutama di bawah usia empat tahun, dapat mengikuti proses pembelajaran terbaik, lebih sistematik dan saintifik.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat menyelar peruntukan RM211 juta yang disifatkan tidak wajar ketika rakyat menanggung kesengsaraan berikutan kenaikan kos kehidupan akibat kenaikan harga barang dan harga minyak.

Kuasa yang diberikan kepada Rosmah yang menggelar dirinya sebagai 'Wanita Pertama Malaysia' mengendalikan program Permata juga dianggap tidak relevan.

Ini kerana ia sepatutnya diletakkan di bawah kendalian Kementerian Pelajaran yang menterinya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pada Mei lalu, kerajaan memberi alasan menaikkan harga gula sebanyak 20 sen sekilogram, bagi menjimatkan wang negara sebanyak RM116.6 juta, sedangkan Permata memperoleh peruntukan yang hampir sama dengan jumlah subsidi berkenaan untuk tahun ini.

Rosmah baru-baru ini menimbulkan kegemparan berikutan pendedahan bahawa beliau membeli sebentuk cincin berlian berharga RM24.45 juta dari syarikat pengeluar berlian terkenal Amerika Syarikat, Jacob & Co.

Sebelum ini, Rosmah yang digelar 'Imelda Marcos Malaysia' membelanjakan sebanyak RM4,498,0949.99 juta wang rakyat untuk mengadakan Sidang Kemuncak Wanita Pertama di Ibu negara Oktober tahun lalu.

Dalam rangka lawatan ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh, beliau membelanjakan sebanyak RM134,317.76, selain suaminya sendiri Najib Razak membelanjakan RM8.7 juta untuk mengadakan lawatan ke 42 negara seluruh dunia..

Malah, Rosmah turut berbelanja mewah dengan menghabiskan lebih RM100,000 bagi penginapan hotel mewah, Atlantis di Dubai hanya untuk tempoh semalaman. - 365


KENYATAAN MEDIA : ROSMAH TERUS MENCUKUR NEGARA 
Respon kepada kenyataan Rosmah Mansor sewaktu lawatannya ke Pokok Sena semalam, yang turut dilaporkan portal berita Free Malaysia Today (FMT) 'Permata mahu lebih peruntukan' - saya meminta Najib Razak merujuk perkara ini ke sidang Parlimen terlebih dahulu sebelum meluluskan atau membuat sebarang keputusan mengenainya.

Ini kerana, peruntukan sebanyak RM111 juta yang diperuntukkan buat Permata dalam Belanjawan 2011 lalu juga telah habis diguna pakai tanpa sebarang laporan rekod kewangan dan perbelanjaan dibentangkan.

Najib selaku Menteri Kewangan sendiri harus tahu bahawa laporan kewangan dan rekod perbelanjaan ini penting bagi mengawal aliran perbelanjaan negara, sekaligus mengelakkan pembaziran yang melampau dan berterusan.

Beliau harus mengawal dan menghalang isterinya dari terus mencukur wang rakyat. Wang rakyat dan pembayar cukai tidak seharusnya digunakan untuk tujuan publisiti dan peribadi - eg. beg tangan RM1juta dan cincin permata RM74juta.

Maka, saya menggesa agar Najib membentang dan mendebatkan perkara ini di sidang Parlimen terlebih dahulu sebelum meluluskan atau membuat sebarang keputusan mengenainya kerana ianya akan melibatkan jutaan ringgit dana awam.

Laporan kewangan, data keberhasilan dan indikator pencapaian program Permata ini juga seharusnya dibekalkan kepada semua Ahli Parlimen agar kajian penambah baikkan yang menyeluruh juga dapat dibuat.

Sekian. Terima kasih.

YB Hajah Zuraida Kamaruddin
Ketua Wanita Keadilan Malaysia
Merangkap Ahli Parlimen Ampang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular