Grab the widget  IWeb Gator

Friday, July 29, 2011

Woi!...engkau tak faham bahasa ke

Ahmad Maslan dah tak betul agaknya


WarkahDaily – Woi!...engkau tak faham bahasa ke pekak? Sesekali tengok kesian jugak sampai duk hari-hari duk ‘nyanyi’ macam pungguk rindukan bulan. Aku takut nanti sampai jadi gila meroyankan susah pulak.

Apa lagi yang engkau mahu wahai Ahmad Maslan(gambar)? Tak dak cara lain dah ke engkau nak pecah belahkan kesepakatan dalam Pakatan Rakyat (PR).

PAS yang dilihat kini semakin kuat dan diterima banyak masyarakat tidak kira Islam dan bukan Islam, namun ada puak yang ‘gila meroyan’ cuba ambik kesempatan nak bergabung dengan PAS.

Dipetik dari Bernama, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata, Umno masih ‘tergila-gilakan’ terhadap PAS dan mengharapkan dapat bekerjasama dengan Umno konon bagi menyatu padukan umat Islam dan Melayu di negara ini terutamanya dengan ketibaan bulan Ramadan.

“Walaupun tangan yang dihulurkan oleh Umno tidak disambut sebelum ini tetapi Umno tidak pernah menutup pintu rundingan kepada PAS apatah lagi sempena bulan Ramadan,” katanya kepada pemberita selepas menutup Forum Perdana Menjana Umatan Wahidah anjuran Umno Bahagian Kota Raja semalam.

Dah tahu orang tak mahu, engkau masih lagi terhegeh-hegeh ye. Apa kata ‘last choice’ buat korang semua, korang berpakat ramai-ramai antara pengikut korang untuk menyertai PAS sebagai cara untuk satukan perpaduan umat Islam dan bangsa Melayu. Ada berani?

Asyik ajak bersama dengan Umno je apa kelas, apa kata sekarang giliran korang bersama PAS pulak, boleh ke? Kalau korang tak mahu, bermakna korang tak ikhlas nak satu-padukan umat Islam dan bangsa Melayu. Korang hanya sayangkan Umno dari tersungkur dalam pilihanraya umum akan datang.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular