'BERSIH bertanggungjawab atas kematian Baharuddin'
Keluarga Baharuddin Ahmad, yang meninggal dunia semasa perhimpunan B9 Julai lalu seharusnya menuntut maaf daripada BERSIH 2.0 serta penganjur dan pemimpin Pakatan Rakyat, kata Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M Kayveas.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata BERSIH yang harus meminta maaf dan bertanggungjawab sepenuhnya tidak saja terhadap Allahyarham Baharuddin, tetapi juga sesiapa saja yang cedera dan mengalami penderitaan akibat perarakan haram itu.
"Apa jua yang berlaku, adalah kerana kedegilan BERSIH. Apa yang BERSIH lakukan tidak menguntungkan sesiapa, kecuali memburukkan nama negara yang kita cintai ini," katanya.
Kayveas berkata, BERSIH (Gabungan bagi Pilihan Raya Bersih dan Adil), yang disokong oleh 62 NGO, termasuk parti-parti pembangkang berdegil mengajak orang ramai yang tidak berdosa keluar ke jalan-jalan raya dan menghasut mereka agar tidak menghiraukan nasihat kerajaan supaya tidak menyertai perarakan.
BlogList Malaysia