Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) hari ini menyanggah tuduhan melulu oleh Datuk Seri Dr Rais Yatim (gambar) bahawa Mursyidul Am PAS, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai seorang yang tidak boleh ditegur dan terarah kepada pemecah perjuangan kebangsaan dan perpaduan Islam. DPPWP melahirkan rasa kesal dengan kenyataan Rais yang dikatakan sebagai biadap kerana tidak berdasarkan fakta.
Mewakili DPPWP ialah Ketua Penerangannya, Fadhil Osman yang berpendapat Rais tidak mengenali PAS secara dekat dan hanya ‘menembak dari jauh’. Menurutnya, PAS menjunjung tinggi konsep syura (bermesyuarat) dan bermusahabah sesama ahli dan pimpinan.
Selain itu, PAS tidak pernah menghalang mana-mana ahli menyuarakan pendapat sama ada dalam mesyuarat, usrah, ijtima’ hinggalah ke Muktamar Agungnya. Mana-mana ahli bebas menyuarakan kritikan kepada sesiapa juga pemimpin PAS, tetapi mestilah dengan menjaga adab dan akhlak Islam.
Tambah Fadhil lagi, setiap tindakan dan keputusan akan dibincangkan dalam mesyuarat (syura). Pemimpin PAS tidak pernah membuat keputusan bersendirian melainkan dengan mandat keputusan mesyuarat.
Daripada peringkat cawangan sehinggalah ke Majlis Syura Ulama’ PAS akan menggunakan kaedah bermesyuarat dan perbincangan untuk membuat sesuatu keputusan.
DPPWP juga menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa PAS menganggap Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan sebagai nabi atau separa wali sepertimana yang didakwa oleh Rais Yatim.
Nik Aziz adalah seorang pemimpin yang menerima teguran dan muhasabah yang disampaikan oleh mana-mana pihak, dan ia tidak semestinya perlu dihebahkan kepada media. Keperibadian Nik Aziz yang hidup tidak berpandukan protokol dan hidup serba sederhana menyebabkan beliau mudah didekati dan umat Islam lebih menyayangi beliau berbanding dengan peribadi pemimpin-pemimpin UMNO yang duduk di sebalik rumah mewah dengan tembok tinggi dan kawalan keselamatan yang ketat, tambah Fadhil lagi.
Namun begitu, DPPWP meminta Rais dan pemimpin UMNO pula jangan malu dan segan untuk menegur kepemimpinan Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak, Presiden UMNO semasa di dalam Perhimpunan Agung UMNO.
Ini adalah kerana rakyat melihat UMNO terlalu mendewa-dewakan Perdana Menterinya seolah-olah beliau mempunyai kuasa mutlak yang tidak boleh disanggah. Dan selama ini pun hanya pembangkang sahaja yang berani menegur kesilapan PM manakala ahli dan pemimpin UMNO diam menikus.
DPPWP juga menyarankan agar Rais dan UMNO menegur sikap bermewahan serta melampau isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang bertindak sebagai ‘wanita pertama’ negara. Ini adalah kerana menurutnya, rakyat dikatakan meluat melihat telatah isteri PM ini yang bertindak ‘lebih sudu dari kuah’ seolah-olah beliau adalah menteri kabinet atau menteri kanan yang diberi kuasa yang luas.