Sekurang-kurangnya dua orang sudah ditahan dalam perhimpunan sempena hari buruh di ibu negara hari ini. Seorang daripadanya Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvam yang ditahan ketika cuba berunding dengan pihak polis, dipercayai daripada ibu pejabat polis daerah (IPD) Brickfields.
Sehubungan tangkapan itu, kira-kira 200 peserta perhimpunan itu berhimpun depan ibu pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dekat Maju Junction di ibu negara. Mereka tidak mahu berganjak selagi teman-teman mereka tidak dibebaskan. Suasana meriah dengan nyanyian lagi "Internationale" - lagu yang sinonim dengan perjuangan pekerja di seluruh dunia.
Penyelaras NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Nalini E mendakwa, setakat ini 19 orang peserta perhimpunan itu sudah ditahan. Jumlah ini bagaimanapun belum dapat disahkan dengan pihak berkuasa. Lebih 70 NGO turut serta dalam perhimpunan tradisi setiap 1 Mei itu. jalanpulang