Baru neh aku tengok live kat tv3 najib bagi pandangan dia berkenaan osama. Adalah dalam 5 minit yang lepas. Ataupun mungkin lebih. Tolak2 masa aku buka komputer, login internet, facebook dan blogger. Najib ditanya mengenai kematian osama yang berlaku semalam. Ini antara pandangan najib yang aku sempat ingat. Ayat dia mungkin lain sket tapi insya-Allah maksudnya tak lari.
Dunia akan menjadi lebih aman.. selamat.
Keganasan bukan sebahagian dari islam..
Dan ada dua tiga kerat lagi ayat yang terkeluar dari mulut dia sebelum aku memutuskan yang aku patut berambos dari kaca tv dan memikirkan lebih baik aku melayan internet.
Aku bukan apa dengan najib. Kadangkala aku bengkek gak dengan diri aku. Asal najib buka mulut aku bengang. Asal aku bengang mesti masa najib buka mulut. Sampai aku kadangkala naik fedup. Tapi nak buat macam mana memang mulut dia bisa membengangkan aku walaupun aku bukan seronok sangat nak bengang2 pasal kata-kata najib.
Bukanlah aku nak kata osama neh bagus ke tak bagus ke apa ke sebab aku pun dilanda confused sekarang. Macam2 versi aku dengar beb. Ada yang kata ;
1. Osama tak wujud, propaganda us je
2. Osama ialah agent us untuk menjahanamkan dunia arab.
3. Osama ialah penipu dan munafiq yang cuba mencemarkan imej islam
dan macam-macam lagi. Itu versi negatif. Versi positif pun ada. Terlalu banyak kisah ini sehinggakan aku sendiri taktahu mana satu benar mana satu palsu. Bila aku sendiri tak mampu nak bezakan so lebih baik aku buat tak peduli je. Buat peduli atas perkara yang aku sendiri keliru akan mengelirukan aku lagi apatah lagi untuk merentasi kebenaran perlukan kajian mendalam yang mana aku tak rasa yang aku mahu peruntukan masa untuk check kesahihan isu2 berkaitan osama neh. Lebih baik aku fikir macam mana nak memberamboskan najib dan umno dari pentadbiran negara lagi bagus.
Bagi aku najib tak sepatutnya buat sebarang kenyataan. Macam aku. Aku pun tak tahu nak buat kenyataan apa pasal osama tapi aku tahu sekarang amerika sedang seronok dan berparti hebat atas kematian [konon-nya] osama bin laden. Bila amerika happy aku patut pilih sebaliknya. Aku anti amerika dan melihatkan amerika happy atas kematian osama bin laden membuatkan aku fikir yang aku tak patut happy. So najib pun patut begitu. Apa yang patut najib cakap depan tv tadi ialah dunia lebih aman dan selamat tanpa amerika. Bukan osama bin laden. Sebab amerika pembunuh umat islam. Pembunuh no satu.
Ameno : Aku patut anti najib juga rasanya.