Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, May 3, 2011

Akhirnya UMNO Mengaku PAS Adalah Parti Islam.


Dengan tiba-tiba, dengan tidak disuruh, umno melalui ketuanya bernama altantuya, eh silap,.. yang bernama Najib, telah bersungguh-sungguh menasihati PAS untuk keluar dari DAP. 
Sekali dengar, agak pelik apa yang si Najib katakan, tetapi apabila telah diedit oleh suratkhabar cap ayam dengan mengubah kata Najib yang asal dari keluar DAP kepada keluar Pakatan Rakyat, barulah minda hamba kecerahan sedikit.

Hamba pun tidak mengerti mengapa dengan tidak dinasihati APCO (agaknyalah), Najib dengan paksa rela terhegeh-hegeh menasihat parti yang sentiasa dimusuhi oleh umno dulu kini dan selamanya, PAS agar 'kembali' menegakkan Islam."

Apabila diperhatikan oleh apa yang diperkatakan oleh Najib itu, maka hamba mengucapkan ribuan terima kasih kerana buat pertama kali dalam sejarah politik Malaysia, umno melalui ketuanya mengiktiraf dengan betul-betul bahawa PAS ini adalah sebuah parti Islam yang memperjuangkan Islam.

Selama ini, apa yang umno tentang dan perangi PAS, adalah sebenarnya mereka, iaitu umno, menentang sebuah parti Islam yang hendak menegakkan Islam di bumi Malaysia ini. Selama ini, umno telah mengaku bahawa mereka adalah musuh utama kepada perjuangan Islam, seteru utama kepada pembentukan sebuah negara berlandaskan Islam, dan sebuah parti Melayu yang memusuhi Islam.

Maka dengan apa yang diperkatakan oleh si Najib itu, orang Melayu yang mengaku beragama Islam, patutlah sedar bahawa selama ini anda semua telah melakukan maksiat yang besar kerana telah menyokong sebuah parti asobiyah Melayu yang terang-terangan memusuhi sebuah perjuangan Islam.

Marilah semua wahai orang-orang Melayu, bersatu dibawah satu parti, iaitu PAS, yang selama ini memang jelas dan nyata sehingga sekarang dan selama-lamanya memperjuangkan Islam di bumi Melayu ini agar negara tanah Melayu yang bernama Malaysia ini akan ditunjangi oleh sebuah pentadbiran berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

Hamba menyeru agar semua orang Melayu tinggalkan umno dan jangan sesekali mengundi dan menyokong umno hanya kerana umno itu merasuah kaum melayu dengan RM-RM rasuah dari sumber kewangan yang jelas haram dan kotor. Kembalilah wahai semua orang Melayu ke akar umbi agama Islam, dan tinggal jauh-jauh umno yang sudah lama mengotor dan merosakkan orang Melayu supaya lebih jauh dan jahil tentang Islam.

Umno wajib dimusnahkan dan dihancurkan selumat-lumatnya agar orang Melayu akan kembali tenang dan bersatu bersama-sama dengan Islam. Takbir!! - ibnm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular