Kisah Bob Lokman yang dihentam oleh penyanyi kloROCK tanahair Awie,gara-gara beliau menyatakan bahawa dunia hiburan adalah kehidupan yang hipokrit dan melalaikan.Lantas awie terasa sampai ke usus dengan kata-kata brader Bob ini.
Memang la..kalau kita berkudis atau tokak di kaki,terkena angin pun terasa sakitnya.Begitulah sekiranya hati kita kotor atau berpenyakit,sudah pasti nasihat yang umpama ubat akan dianggap racun yang membahayakan.
Benarlah apa yang difirmankan oleh Allah dalam AlQuran,yang bermaksud "Adakah sama seorang yang buta dengan seorang yang celik"..Sibuta akan melanggar apa saja yang ada di hadapannya,seperti longkang,kaca,batu dan lebih malang Taikkk..Tetapi bagi mereka yang celik (Berilmu) mereka akan dapat mengelak dari segala sesuatu yang ada di hadapan mereka,jadi itulah bezanya apabila seseorang itu mendapat hidayah dan ilmu Allah.
Si Celik juga apabila ternampak Si Buta berjalan dan hampir melanggari tiang atau terjatuh ke dalam longkang,sudah pasti cepat-cepat Si Celik "Memimpin" tangan si buta agar tidak terjatuh ke dalam longkang dan menunjukkan jalan yang betul.
Abang Bob hanya memberi nasihat,tapi mengapa sampai melenting dan menuduh abang Bob Hipokrit,beliau bercakap sebagai seorang saudara seIslam yang hanya untuk menyelamatkan manusia di sekelilingnya daripada terjerumus ke dalam Neraka Jahanam.
Senang jadilah seperti Mamat Khalid yang telah menyertai Umno,siapapun tak akan marah...buatlah segala sesuatu yang disukai dan disanjungi manusia..Tetapi ingat,Adakah Allah menyukai tindakan kita atau Membencinya,kerana kita akan bertemu dengan Allah yang menguasai hari pembalasan di mana pada masa itu,kamu akan salah menyalah di antara manusia yang memuji dan menyanjungi kamu semasa di dunia...Untuk itu,Lu Ingat Sikit la Braderr..