Grab the widget  IWeb Gator

Monday, May 2, 2011

Amerika Memalsukan Kematian Osama, Gambar Palsu Di Dedahkan Di Laman Twitter.

Wajah Osama bin Laden yang terbunuh berlumuran darah tersiar meluas di internet dan diterbitkan juga oleh Agence France-Presse. Televisyen Pakistan menyebutkan, foto tersebut belum dipastikan secara rasmi kebenarannya.



Agence France-Presse (AFP) menyatakan, kombinasi gambar jelas menunjukkan bahawa janggut dan bahagian bawah gambar paling mungkin merupakan klon dan ditempelkan pada gambar tubuh yang bukan milik Bin Laden. Kesimpulan sementara, kemungkinan besar foto 'Photoshop' Bin Laden yang tewas (kiri) adalah palsu. Bandingkan foto Bin Laden (kanan) semasa hidup yang bahagian janggut dan bibirnya yang sama. Gambar sama.

Bin Laden terbunuh dalam operasi  di pinggi kota Abbottabad, 50 km barat laut ibu kota Pakistan, Islamabad pada Isnin-2/5/2011. Kematian Osama Bin Laden rasmi diumumkan Presiden AS Barack Obama melalui pengumuman yang digambarkan penuh dramatis. 


Imej kononnya wajah Osama yang terkorban dalam serangan tentera Amerika Syarikat ketika disiarkan di dalam televisyen Pakistan.


Satu imej yang menunjukkan gambar Osama bin Laden terbunuh yang disiaran di televisyen Pakistan dan beberapa laman-laman web akhbar British ialah gambar palsu.

Imej berdarah seorang lelaki dengan rambut kusut dan berdarah, sebelah mata terbuka mata telah beredar di internet sejak dua tahun lepas. Ia telah digunakan di muka hadapan laman web Mail, Times, Telegraph, Sun dan Mirror, walaupun ia akhirnya dibuang selepas gambar tiruan itu didedahkan melalui Twitter.


Akhbar The Daily Mail yang turut menggunakan gambar palsu kematian Osama Bin Laden sebagai muka hadapan.

Gambar palsu ini pada mulanya diterbit oleh akhbar online di Timur Tengah themedialine.org pada 29 April 2009, dengan satu amaran dari editor  "tidak mampu menentukan sama ada foto tulen atau bukan".


Gambar sebenar Osama (kanan) digabungkan dengan gambar lain (tengah) sehingga dikhabarkan imej Osama yang terkorban di dalam TV Pakistan.


gambar mayat Osama sebenarnya diedit menggunakan Photoshop, adeiiiiii. Korang dah tgk teknik2 nak menghasilkan gambar cmtu? Jom kita tgk kat bawah nie, gambar mengandungi unsur2 ngeri ye...


Gambar gigi waktu hidup dan mati yg sama...
Asal gambar luka dari muka orang lain...
Sapa edit nie? Baik ngaku...


Camna? Dah tengok kan? Kejap ja nk kantoi kalo buat keja jahat. Jap nak kol Presiden Obama tanya apa kes gambar2 nie diedit, he3...


Sumber: DLN & BB

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular