Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, January 18, 2011

YB Dato’ Mahfuz Omar bakal di-saman..?


Belum reda rupanya isu perletakkan jawatan YB Dato' Mahfuz Omar sebagai Pengerusi Kedah Sato Sdn. Bhd. Sememang tidak akan mudah reda, kerana isu nya membabitkan pelaksanaan polisi (dasar) dan prinsip yang menjadi teras kepada perjuangan.

Pertembungan yang berlaku bukan sekadar hanya bersifat kepentingan peribadi, ianya melibatkan amanah yang dipikul dan janji yang menjadi pertanggungjawaban.

Dengan jelas, YB Dato' Mahfuz menyatakan beliau tidak menentang perlantikan IJM Corp.; sebalik beliau tidak boleh bersetuju dengan kaedah perlantikan yang diguna-pakai kerana bertentangan dengan polisi (dasar) yang diputuskan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Kedah yang dipimpin oleh PAS yang mana beliau adalah Naib Presiden dan Tim. Pesuruhjaya (2) PAS Negeri Kedah.

Beliau yang juga Ahli Parlimen, berusaha mempertahankan prinsip ketelusan yang diperjuangkan di Dewan Rakyat dan harus diaplikasikan disemua peringkat.

Dato' Jahubar Sathik sewajarnya akur dengan polisi (dasar) kerajaan yang memerintah agar semua projek-projek dilaksanakan secara 'Tender Terbuka'. Beliau mungkin mempunyai alasan atau hujah dari sudut pengurusan korporat atau perniagaan. Akan tetapi, tenyata polisi(dasar) ini di-ingini oleh majoriti rakyat Kedah dengan memilih Pakatan Rakyat yang secara jelas menggariskannya didalam manifesto mereka pada PRU12 yang lalu.

Siapa Dato' Jahubar Sathik yang hendak mengetepikan polisi (dasar) ini? Beliau sendiri dilantik oleh kerajaan Pakatan Rakyat untuk melaksanakan polisi (dasar) ini dalam urus-tadbir korporat dan perniagaan GLC yang dibawah tanggungjawab beliau, ironinya beliau bertindak secara kontra, mengapa?

Beliau memang dilihat begitu pengaruh sehingga berupaya untuk menapis serta menolak penama-penama yang di tetapkan kerajaan Pakatan Rakyat Kedah sebagai Ahli Lembaga Pengarah untuk Bina Darulaman Berhad dan subsidari yang lain.

Dato' Jahubar merupakan GMD Bina Darulaman Berhad yang paling mewah berbanding yang sebelum daripada ini. Disamping gaji dan elaun bulanan yang mencecah RM30,000 sebulan, beliau juga dibekalkan dengan tiga (3) buah kereta rasmi ( Perdana V6 Executive, Pajero Sport KCV 4455 dan Toyota Camry 2.4 dengan no.pendaftaran peribadi KCQ 7'786' ). Dimaklumkan bagi tahun kewangan 2010, beliau telah mendapat imbuhan bonus tahunan yang melebihi tiga (3) bulan gaji (

Terbaru, sumber memaklumkan Dato' Jahubar Sathik berhasrat untuk mengambil tindakan perundangan (Saman) terhadap YB Dato' Haji Mahfuz Omar berikutan perletakkan jawatan sebagai Pengerusi Kedah Sato Sdn. Bhd.

YB Dato' Haji Mahfuz Omar pastinya gembira mendengar perkembangan ini, mungkin beliau inginkan Dato' Jahubar mempercepatkan tindakan perundangan yang dihasratkan. Dari segi politik, tindakan saman itu nanti pasti akan mampu melonjak populariti YB Dato' Mahfuz menjelang PRU13 yang bakal menjelma. Dan jika memenanginya ( sebagai beberapa kes sebelum ini ), pampasan yang diperolehi boleh dijadikan dana membantu rakyat dikawasan beliau khasnya.

Nota: Sehingga artikel ini ditulis, jawatan Pengerusi Kedah Sato Sdn. Bhd. yang dikosongkan masih belum di-isi, sumber memberitahu buat masa ini jawatan dipangku oleh Tuan Haji Mat Akhir Talib. ( Baru sahaja selesai mengubahsuai rumah. )

BILLYtheKID
helangkedah.blogspot.com 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular