SHAH ALAM, 18 Jan – Larangan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dalam menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah Selangor yang menghalang umat Islam melibatkan diri dalam urusan penjualan arak merupakan satu langkah untuk membendung umat Islam daripada terjerumus kepada pekerjaan yang tidak halal.
Enakmen tersebut juga menggesa agar umat Islam supaya memilih pekerjaan yang memberikan rezeki yang lebih berkat.
Justeru, kerajaan negeri telah memperuntukan RM 10 juta untuk membantu mereka untuk memilih pekerjaan alternatif yang lebih lumayan dan berkat .
Menerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan,wang tersebut akan digunakan untuk menawarkan mereka latihan keusahawanan dan bantuan modal bagi memulakan perniagaan. Antara sektor perniagaan yang ditawarkan bantuan modal adalah kecantikan, jahitan, masakan, membaiki telefon bimbit dan lain-lain.
Kepada mereka yang berminat boleh terus ke Tingkat 5, Bahagian Sektoral, Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN), Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Mereka juga boleh menghubungi pegawai di Bahagian Sektoral di talian 03-5544 7115 atau 03-5544 7965.
from SelangorKini Online