Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, January 18, 2011

Tarik balik larangan umat Islam bekerja di premis jual arak hina Islam, lulus kilang arak bagaimana?



Tapi jangan bersifat hipokrit dalam mempertahankan kesucian Islam. Jika terkena batang hidung sendiri ianya didiamkan tapi kalau yang terlibat bukan dari kumpulannya, sibuk bebenar mengeluarkan kenyataanya.

Penulis mahu bertanya, ikhlaskah atau sebaliknya teguran Jamil Khir terhadap Ronnie Liu?

Exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu dikatakan telah menarik balik larangan tidak membenarkan umat Islam bekerja di premis jual arak. Tindakan Ronnie itu telah mendapat teguran daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir.

Jamil Khir berkata, Ronnie Liu yang mengarahkan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menarik balik larangan tidak membenarkan umat Islam bekerja di premis menjual arak sebagai menghina Islam.

"Perkara itu termaktub dalam Enakmen Jenayah Syariah Selangor. Ronnie tidak boleh sentuh. Kita berusaha mempertahankan moral dan akhlak orang Islam tetapi yang berlaku ada pihak mahu umat Islam melakukan sebaliknya," katanya.

Penulis memang setuju dengan teguran itu namun apakah teguran itu betul-betul ikhlas demi mempertahankan kesucian Islam atau sebaliknya?

Mungkin penarikan balik Ronnie Liu ke atas larangan umat Islam bekerja di premis jual arak atas sebab teknikal iaitu larangan yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) tidak melalui kerajaan negeri.

Tapi kita tidak pelik jika Ronnie Liu yang bukan Islam itu boleh menarik balik larangan berkenaan kerana beliau tak reti dengan Islam. Namun bagaimana orang yang mengaku Islam tetapi dalam masa yang sama, bukan sahaja tidak melarang umat Islam bekerja di premis jualan arak, bahkan lebih dahsyat telah meluluskan pembinaan kilang arak di negara ini. Ramai sangat ke peminum arak sehingga perlu dibina kilang di negara ini?

Kalau kamu Islam tapi tidak sensitif dengan perkara ini, maka kamu lebih teruk dari Ronnie Liu yang sudah tentu tidak reti perihal agama Islam.

Mungkin ada yang menyatakan, siapa kamu mahu kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom itu ikhlas ke tidak. Ikhlas atau tidak, itu dalam hatinya. Ok, penulis boleh terima kerana penulis pun setuju, orang bukan Islam jangan hina Islam termasuk presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek. Beliau jugak tak boleh hina Islam…betul tak orang Umno?

Kita harus ingat, jangan hanya menegur Ronnie Liu, tetapi tegur semua kerajaan negeri di bawah pemerintahan Umno-BN yang tiada membuat larangan umat Islam bekerja di premis jual arak. Apakah sama, tidak melarangatau menarik balik larangan umat Islam bekerja di premis jual arak?

Bukan itu aje, Jamil Khir juga perlu tegur kerajaan BN yang luluskan kilang arak, yang luluskan lesen judi dan pusat-pusat hiburan yang merosakkan akhlak umat Islam. Itu juga berkaitan dengan keruntuhan akhlak dan moral umat Islam.

Di sinilah terletaknya keikhlasan Jamil Khir mempertahankan kesucian Islam. - from WarkahDaily Online 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular