Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, January 18, 2011

Taraf KJ: Orang Asli cabar Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berdebat



Yusri calon debat dengan Khairy - SH

TEMERLOH. : PKR Pahang bersedia menyahut cabaran debat oleh Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, namun lawannya nanti bukannya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya PKR negeri mencalonkan Timbalan Pengerusi II, Biro Hal Ehwal Orang Asal PKR Pahang, Yusri Ahon sebagai orang yang sesuai berdebat dengan Ahli Parlimen Rembau itu.

Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abd Rahman berkata, Yusri Ahon adalah calon yang sesuai untuk berdebat dengan Khairy yang menawarkan diri menggantikan tempat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi berdebat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Jika Khairy mahu menggantikan tempat Najib, maka Yusri adalah calon paling layak untuk berdebat dengannya pula.

“PKR sedia sahut cabaran Khairy itu namun beliau perlu lawan Yusri dan bukannya Anwar,” katanya kepada Sinar Harian selepas mesyuarat pertama PKR Pahang penggal 2011, di sini, semalam. - SH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular