Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, January 18, 2011

Radio Red FM Persendakan Bhg Sulit Wanita.


HALAMAN HIBURAN
WEBLOG Ibnu Hasyim terima pengaduan ini...

Radio Red FM pula baru2 ni persendakan bhg sulit wanita.

http://www.ohbulan.com/video-red-fm-persendakan-bahagian-sulit-wanita-dengan-buah-buahan/

(Video) Red FM Persendakan Bahagian Sulit Wanita Dengan Buah-Buahan
(Video) Red FM Persendakan Bahagian Sulit Wanita Dengan Buah-Buahan
Dikemaskini oleh M pada January 17th, 2011
General 62 Respon

Kami terbaca aduan seorang pendengar stesen radio Red FM, Nadira Ilana yang tersinggung dengan stesen radio ini yang mempersendakan bahagian sulit wanita dalam temubual video bersama gadis-gadis FHM untuk pertandingan FHM ‘s Girls Next Door. Rujuk artikel FHM and Red FM ‘s sexualisation of women" rel="bookmark">Against FHM and Red FM ‘s sexualisation of women
Apa pendapat anda apabila seseorang bertanyakan soalan berbunyi, “Ambil sejenis buah-buahan dan beritahu kami, buah yang mana satu boleh memuaskan anda?”
Ya, soalan yang kononnya diajukan sebagai ujian personaliti oleh seorang Dj Red FM kepada gadis-gadis berkenaan telah mendapat perhatian daripada Nadira Illana yang amat prihatin dengan maruah seorang wanita.
Menurut si pengadu, dia cuba menghubungi wakil Red FM dengan meninggalkan komen di Youtube & Facebook, malah menghantar email kepada Red FM. Namun tiada sebarang jawapan daripada pihak terbabit. Sebaliknya, komen di Youtube & Facebok telah dipadam, manakala email tidak diterima oleh Red FM (bounceback).
Antara kandungan email menyebut bahawa si pengadu memang terkejut dengan soalan-soalan berunsurkan seks yang diajukan kepada gadis-gadis tersebut. Bukan itu sahaja, mereka telah dicabar untuk membuat tarian seksi di atas meja, dengan gerak liuk tubuh yang melampau.
Si pengadu berpendapat bahawa Dj Red FM sengaja bertanyakan soalan yang membawa unsur seks secara tersirat, mungkin bertujuan untuk bermain-main. Namun, sebuah radio yang didengari di seluruh Malaysia tidak sepatutnya mengeluarkan ayat-ayat yang berunsurkan gangguan seksual.
Nadira Ilana, menuntut wakil Red FM untuk meminta maaf kepada semua gadis FHM, pekerja wanita & kesemua pendengar wanita yang tersinggung dengan tingkah laku berunsurkan gangguan seksual itu. Video selepas ini, orang Red FM sudah buang di youtube. Kami sempat rembat!
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Inilah tarbiah kerajaan BN, tolong kempen tolak mereka dalam PRU 13 akan datang. Tukar kerajaan segera! Terima kasih kepada
Yanaam pemberi maklumat ini.. Alhamdulillah. - 

from www.ibnuhasyim.com 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular