Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, January 19, 2011

Jangan perbodohkan kaum Tionghua dengan RM300


http://buletinonline.net/images/stories/berita39/chaihing.JPG
KUALA TERENGGANU – Masyarakat Tionghua di negeri ini bukan lagi sebagaimana difikirkan oleh pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN), yang mudah terpedaya dengan 'sedikit habuan' yang diberikan kerana mereka terdedah dengan pelbagai maklumat kini.

Mereka kini sedang memerhati dan meneliti parti politik manakah yang terbaik bagi memimpin mereka untuk menjamin kehidupan generasi yang akan datang.

Menurut Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Ng Chai Hing, keputusan pilihanraya ke-12 tahun 2008 dan beberapa siri pilihanraya kecil selepas itu mebuktikan lanskap pemikiran politik kaum Tionghua telah berubah. 

"pemimpin Umno dan BN tidak boleh meremehkan (under-estimate) pemikiran rakyat (kaum Tionghua) sebab rakyat hari ini sudah cerdik dalam menilai kejujuran dan keikhlasan pemimpin sesuatu kerajaan yang memerintah, 

(jangan) fikir rakyat boleh diperbodohkan dengan hanya (pemberian) RM300,"ujarnya ketika ditemui semalam.

Beliau mendakwa kaum Tionghua tidak akan menyokong mana-mana parti membuta tuli, bukan seperti zaman 70an atau 80an.

Katanya zaman dimana kaum Tionghua dikenali sebagai 'apek' telah berlalu.

Chai Hing berkata demikian dalam mengulas kenyataan Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said yang meminta kaum Tionghua menjadi penyokong setia BN setelah 'duit raya' sempena sambutan Tahun Baru Cina. Sumber

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular