Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, January 18, 2011

Arak : Enakmen Jenayah Syariah sudah ada untuk halang orang Islam terlibat



PARIT BUNTAR, 18 Jan : “Tidak payah tunggu kita (MAIS), mereka boleh laksanakan peruntukan itu yang terkandung di bawah seksyen 18 (2) enakmen jenayah syariah selangor 1995.”Demikian sebagaimana dinyatakan oleh Penasihat Undang-Undang MBSJ, Nurhani Salwa Jamaluddin ketika diminta memberi respon terhadap isu ini.

“Seksyen 18 (2) enakmen itu menyebut: mana-mana orang yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya,” kata ADUN Titi Serong, YB Drs. Khalil Idham Lim ketika ditemui di sini.

Tambahnya, Isu ini telah diekploitasi Umno BN untuk dijadikan bahan menipu rakyat bahawa PAS dan DAP tidak sehaluan.

BN cuba untuk menutup pekung mereka, merekalah yang dahulu membuka peluang dosa bagi umat Islam mengumpul dosa dengan himpitan kewangan yang mendesak mereka yang muslim berkerja di premis yang ada menjual minuman keras tersebut.

Dalam pada itu beliau menjelaskan lagi di negeri Perak sendiri memang ada peruntukkan enakmen tersebut terhadap umat Islam di negeri ini.

Di dalam enakmen 3 tahun 1992, diperuntukkan di dalam enakmen jenayah (syariah) 1992, pada bahagian vi - kesalahan berhubungan dengan maruah diri Seksyen 60. Dalam tajuk membuat, menjual dan sebagainya., minuman yang memabukkan.

Menurutnya lagi yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, di dalam enakmen itu juga menyebut bahawa mana-mana orang yang membuat, menjual, menghadiah, mempamerkan untuk jualan,

menyimpan atau membeli apa-apa arak atau minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

BN sengaja cuba membangkitkan isu ini walhal ia sudah diketahui rakyat tentang siapakah pemberi lesen arak terbesar di kilang arak yang berada di Shah Alam, rakyat juga tahu siapakah yang bertanggungjawab meluluskan lesen judi terbesar di Genting, bahkan pernah bercita-cita untuk meluluskan lesen judi Bolasepak Piala Dunia yang lalu.

“Penarikan arahan tersebut cuma bersifat teknikal, BN cuma membuka perlakuan maksiat mereka sendiri dan rakyat perlu menilai BN, beri peluang Pakatan Rakyat meneruskan legasi membela imej Islam di malaysia pada PRU13, kata Khalil Idham Lim yang juga Ketua Penerangan PAS Perak.

“BN langsung tidak seimbang apabila mereka BN beria-ia cuba menjuarai isu ini di media mereka, dalam masa yang sama tidak ikhlas memperjuangkan Islam yang dimuliakan sebagaimana dalam Al-Quran,” jelasnya..

from CINA ISLAM (林川興) 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular