Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, July 23, 2013

Pelik!!, Macamana MB baru KEDAH berubah? baguih lah dah tau "HORMAT" bulan Ramadan wakakaka

Hah..!! PUSAT HIBURAN buka rupa-rupanya dalam bulan RAMADHAN di KEDAH ingatkan tutup...!!!
Pusat hiburan beroperasi lebih masa didenda

AMACAM YG NIE...DOK BUKA JUGAK KAA..???

ALOR SETAR 22 Julai - Sebuah pusat hiburan di Alor Mengkudu di sini bakal dikenakan denda antara RM1,500 hingga RM2,500 kerana beroperasi melebihi masa yang ditetapkan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd. Jan (gambar) berkata, dalam operasi yang dijalankan mulai pukul 1 hingga pukul 4 pagi semalam, seramai 13 pekerja warga asing yang bekerja di pusat hiburan di situ juga ditahan untuk siasatan lanjut.

Adzaman berkata, kesemua pekerja warga asing itu telah dibebaskan hari ini setelah pihak polis mendapati mereka mempunyai dokumen yang lengkap.

"Operasi tersebut ialah operasi rutin yang pihak polis jalankan untuk memastikan pusat-pusat hiburan tidak beroperasi melebihi masa yang ditetapkan.

"Pihak kami ingin menasihatkan agar pengusaha pusat hiburan tidak melanggar peraturan dan beroperasi mengikut masa yang ditetapkan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Adzaman, operasi pemantauan waktu operasi pusat hiburan akan terus dijalankan agar tiada premis hiburan di bandar raya ini melanggar peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan, Badrol Hisham Hashim berkata, kerajaan negeri memandang serius terhadap operasi pusat hiburan di negeri ini.

Sambil memuji tindakan polis itu, beliau berkata, pusat-pusat hiburan yang tidak mematuhi peraturan dan tidak sensitif terhadap garis panduan operasi pusat hiburan pada Ramadan perlu diambil tindakan tegas serta-merta.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular