Grab the widget  IWeb Gator

Monday, July 22, 2013

Cubaan Penjarakan Semula Anwar Dengan Rayuan Fitnah 2

SEBARKAN ! SELAMATKAN MALAYSIA !! Fitnah II - PRU 13
ISNIN 22 JULAI

1) MAHKAMAH RAYUAN PUTRAJAYA - 8 PAGI -
rayuan fitnah SAIFUL BUKHARI - ANWAR IBRAHIM
2) MAHKAMAH JLN DUTA - 2 PM technology court tingkat 5
petisyen rayuan calon PRU 13 BN DOMINIC - TIAN CHUA TAK LAYAK TANDING PRU 13

-cubaan Umno BN untuk mengheret semula Datuk Seri Anwar Ibrahim ke penjara / Mahkamah Tinggi telah membebaskan Anwar dari tuduhan tersebut pada Januari 2012 / konspirasi politik peringkat tertinggi untuk menjatuhkan Anwar / konspirasi kedua mengaibkan Anwar, dijangka sekali lagi menarik perhatian media dalam dan luar negara apabila ia dibicara di peringkat rayuan.

Umno BN kini kehabisan modal untuk melakukan apa sahaja bagi menyekat kebangkitan Pakatan Rakyat ke Putrajaya, termasuk memenjarakan semula Anwar.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Januari 2012 membebaskan Anwar atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara antara jam 3.10 dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Anwar Ibrahim ketua pembangkang dan ahli parlimen Permatang Pauh, didakwa Seksyen 337B Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan. - Rozan Azen Mat Rasip

-BN PARLIMEN BATU TAK DAPAT TERIMA KEKALAHAN !!!

Rayuan terhadap keputusan kes Fitnah II adalah cubaan Umno BN untuk mengheret semula Datuk Seri Anwar Ibrahim ke penjara, kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.

Menurut Surendran, Mahkamah Tinggi telah membebaskan Anwar dari tuduhan tersebut pada Januari tahun lalu dan umum mengetahui ia merupakan konspirasi politik peringkat tertinggi untuk menjatuhkan Anwar.

Malah, katanya, konspirasi itu turut melibatkan institusi seperti polis dan pejabat peguam negara diketuai Tan Sri Abdul Gani Patail.

“Rayuan ini tak sepatutnya difailkan. Semua orang tahu Gani Patail (peguam negara) orang suruhan Umno. Mahkamah dan polis hanya digunakan untuk menindas dan memenjarakan Anwar,” kata Surendran.

Beliau mengulas kes rayuan berkenaan yang akan berlangsung di Mahkamah Rayuan Putrajaya, esok, ekoran rayuan kerajaan terhadap pembebasan Anwar, 9 Januari tahun lalu.

Kes tersebut, yang sebelum ini dilihat sebagai konspirasi kedua mengaibkan Anwar, dijangka sekali lagi menarik perhatian media dalam dan luar negara apabila ia dibicara di peringkat rayuan.

Menurut Surendran, Umno BN kini kehabisan modal untuk melakukan apa sahaja bagi menyekat kebangkitan Pakatan Rakyat ke Putrajaya, termasuk memenjarakan semula Anwar.

“Itu cara terbaik Umno-BN mematahkan kemaraan Pakatan Rakyat ke Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang. Mereka fikir cara terbaik untuk terus berkuasa ialah memenjarakan Anwar,” kata N Surendran.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Januari tahun lalu membebaskan Anwar atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara antara jam 3.10 dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Anwar, 65, yang juga ketua pembangkang dan ahli parlimen Permatang Pauh, didakwa mengikut Seksyen 337B Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan beliau boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan. — Keadilan Daily

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular