Grab the widget  IWeb Gator

Friday, July 26, 2013

Panas!! Isu Kantin Sekolah" Dah Kantoii baru nak mintak maaf ..

Kenapa Guru Besar ni mohon maaf? Macai nak tolong jawab ke?
Bilik persalinan di SK Seri Pristana hanya digunakan sebagai kantin sementara selepas dua hari puasa, kata sekumpulan ibu murid bukan Islam hari ini.

Para ibu murid Tahun Empat itu berkata mereka tidak menyedari kantin melimpah dengan murid - seperti yang dinyatakan oleh pihak sekolah semalam sebagai alasan untuk menggunakan bilik persalinan tersebut.

S Chitra, 53, dan J Rebecca, 33, masing-masing berkata, ia mula digunakan selepas dua hari puasa (11 Julai).

Para ibu itu mendakwa bahawa pengubahsuaian kantin itu hanya melibatkan sebuah pintu kaca di kantin guru dan tidak menjejaskan kantin murid. SUMBER 

Kenapa Guru Besar ni mohon maaf? Macai nak tolong jawab ke?
SUNGAI BULOH - Isu sebuah sekolah yang membiarkan murid-muridnya makan di bilik persalinan telah selesai dan kantin tersebut akan dibuka kepada pelajar-pelajar bukan Islam pada bulan Ramadan ini.
"Seperti yang kita ketahui, isu itu telah selesai. Guru Besar mempunyai niat yang baik tetapi memilih lokasi yang tidak sepatutnya. Beliau telah memohon maaf. Saya juga memohon maaf. Ia tidak akan berlaku lagi," kata Timbalan Menteri Pendidikan II P Kamalanathan.

Beliau berkata pihak kementerian telah mengambil tindakan segera berhubung kes itu dan akan melakukan pemeriksaan mengejut di sekolah-sekolah lain.

"Bilik persalinan telah digunakan bersama dengan kantin oleh semua murid sejak Mac kerana kantin boleh memuatkan 500 hingga 600 orang. SK Seri Pristana mempunyai 1,300 pelajar.
P Kamalanathan
"Ekoran kerja pengubahsuaian di kantin itu bermula dua minggu lalu, semua pelajar diminta untuk makan di bilik persalinan. Ini kerana guru bimbang mengenai tahap keselamatan murid-murid ketika kerja pengubahsuaian," katanya pada sidang media di kantin sekolah itu.

Kerja pengubahsuaian untuk memasang pintu kaca bagi ruang guru di kantin itu kini selesai.

Kamalanathan turut berkata, sekolah itu telah memohon peruntukan daripada kementerian untuk memperluaskan kafetaria yang sebelum ini agak kecil untuk menampung murid-murid di sekolah berkenaan.

"Saya akan memberi sumbangan peribadi berjumlah RM10,000," katanya. SH

Azmin: 'Ambil tindakan ke atas sekolah'
SHAH ALAM – Walaupun kes membabitkan penggunaan bilik persalinan di sebuah sekolah di Sungai Buloh dikatakan selesai, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menyifatkan ia suatu penghinaan terhadap Islam dan tindakan tegas perlu diambil.

Menurut Azmin, tindakan pihak sekolah terbabit dalam insiden yang memalukan ketika umat Islam sedang menjalani ibadah puasa itu tidak boleh diterima sama sekali dan mereka yang terbabit perlu dipertanggungjawabkan.

“Dakwaan bahawa pihak berkuasa sekolah SK Seri Pristana di Sungai Buloh telah membuat pelajar-pelajar bukan Islam makan di ruang makan sementara bersebelahan dengan tandas merupakan sesuatu yang mengejutkan.

“Kami tidak diberitahu dengan tepat mengapa ini perkara itu boleh berlaku dengan alasan mereka terpaksa melakukannya kerana bulan Ramadan dan ia benar-benar tidak boleh diterim,” katanya yang dipetik daripada kenyataan medianya, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut tindakan pihak sekolah terbabit di Sungai Buloh yang dilaporkan mengarahkan semua pelajarnya yang bukan Islam makan dan minum di bilik persalinan pada waktu rehat, semalam.

Isu itu timbul setelah gambar insiden tersebut disebarkan menerusi laman media sosial, Facebook oleh salah seorang ibu bapa pelajar sekolah tersebut. - SH

Dengar dan nilai sendiri.
Sebelum menonton video ini, perhatikan isu tarikh pelajar mula makan di bilik mandi dan persalinan seperti yang didakwa oleh pihak sekolah/kementerian dalam media. Perhatikan juga dakwaan pengubahsuaian kantin yang dicanangkan kepada media sebelum ini yang kononnya menjadi alasan kantin ditutup.

Fikir secara rasional, siapa yang menipu? Apa motif di balik kejadian ini? KLIK SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular