Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, July 24, 2013

Panas!! Cerita yang Menggemparkan Rakyat 1Malaysia.. Jom Baca

Korang nak ke makan di bilik mandi atau bilik persalinan yang bersebelahan dengan tandas?
Cakap tempat yang budak-budak makan tu bukan tandas. Tapi bilik persalinan. Then kantin sedang direnovate. Nak ganti pintu kayu kepada pintu kaca.

Lihat gambar. Kalau nak tahu ini gambar terkini mengenai keadaan kantin tersebut. Tiada renovate apa bagai pun. Yang ada kantin tu ditutup kerana bulan ramadhan.

Lhor. Kalau makan di bilik mandi atau bilik persalinan yang bersebelahan dengan tandas takpa ka?

Ibu kepada kanak-kanak tu dah mengadu. Ianya berbau. Dia menerima aduan dari anak nya sebab tu dia pergi buat sportcheck, betul ka anak dia kena makan dalam bilik air. Selepas dah mengesahkan hal tersebut dia pergi mengadu kat pihak sekolah. Tapi takde respon. Dia pun bengang ah dan upload gambar kejadian di facebook. Rujuk sini ==> TMI
 
Pantun Bilik Ayaq Sekolah Seri Pristana
[Pantun Bilik Ayaq]

Otak berkarat di bilik guru besar,
Ambil galah tolong jolokkan.
Kan dia orang hanya budak pelajar,
Bau jamban mana boleh tahan?

Pisang emas dibawa ke sekolah,
Planning nak masak sebiji diatas peti.
Mana tau pengetua pandai pulak buat lawak
Bilang kantin masih under renovasi.

Dua tiga murid berlari,
Mana u tau mana satu yang belum makan lagi.
Masa rehat sepatunya gembira hati
Kenapa pulak halau mereka masuk bilik mandi?

Suka Pantun Nie?

pakat-pakatkalih 

Ibu bapa kesal bilik persalinan jadi tempat makan
5:58AM Jul 24 2013
Ibu bapa terkilan dengan tindakan pengurusan Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Saujana Utama, Sungai Buloh kerana didakwa menempatkan pelajar bukan Islam makan di bilik persalinan sekolah itu pada bulan Ramadan.

Celestina A/L Sokya, 40, dari Sarawak berkata beliau kesal dengan keputusan pihak sekolah itu dan tidak mahu lagi menghantar anaknya, Destiny Yeeling, 8, pelajar tahun dua untuk bersekolah di situ.

"Sebelum ini anak saya kata dia makan di tandas, saya ingat dia bergurau. Tidak sangka wajah anak saya ada dalam gambar yang disiarkan dalam Facebook hari ini mengenai pelajar bukan Islam makan di tandas," katanya kepada pemberita ketika mengambil anak gadisnya pulang dari sekolah itu.

Beberapa gambar tersebar di laman sosial hari ini yang memaparkan sebilangan murid yang dikatakan bukan beragama Islam berada di sebuah bilik menyerupai bilik air, dengan botol air dan bekas makanan berada di atas sebuah meja.

Berikutan itu, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan Kementerian Pendidikan untuk menyiasat dakwaan pelajar di sebuah sekolah rendah mengenai keadaan itu.

Seorang suri rumah Rebecca Joseph, 32, berkata anak perempuannya Jessica James, 10, ada mengadu mengenai perkara itu dua hari lepas.

"Memang itu bilik persalinan, tetapi dalamnya ada dua bilik mandi, ada dua tandas. Macam mana sekolah boleh bagi mereka makan dalam tandas kan," katanya.

Ayahnya, James Subramanian, 45, seorang pengawal keselamatan Indah Water, berkata beliau susah hati apabila dengar berita mengenai anaknya makan dalam tandas.

Seorang ibu, Jagteep Kaur, 34, berasa sangat sedih sebab dua anak lelakinya terpaksa makan di bilik persalinan itu iaitu Eekongkar Dilmarditl Singh, 9, dan Kuljeet Sing, 10, sejak seminggu lalu.

Eekongkar Dilmarditl berkata beliau diminta untuk makan di bilik persalinan kerana kantin sekolah sedang dibaiki.

"Saya sudah dua hari muntah-muntah dan diarahkan duduk situ kerana hujan. Kalau duduk di kantin nanti kotor," katanya.

Sementara itu tinjauan Bernama untuk mendapatkan penjelasan daripada Guru Besar sekolah itu menemui jalan buntu apabila wartawan tidak dibenarkan masuk ke perkarangan sekolah.

Menurut sumber Kementerian Pendidikan, sekolah itu mempunyai dua sesi persekolahan, 74 guru, dengan 1,373 pelajar, iaitu 696 lelaki dan 677 perempuan.

Dua bilik persalinan di sekolah itu digunakan sebagai kantin sementara bagi 28 pelajar bukan Islam sepanjang bulan Ramadan ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt Junaidi Bujang ketika dihubungi Bernama mengesahkan bahawa satu laporan polis dibuat seorang kerani hari ini terhadap guru besar sekolah itu.- Bernama

Jom Berkenalan Dgn Guru Besar Sekolah Mangkuk Tandas ... Klik SINI  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular