Pertama sekali, Edyes bersyukur dan mengucapkan tahniah kepada Tuan Guru Hadi Awang kerana bertindak bijak dengan tidak membenarkan PAS terjerumus ke dalam tipu muslihat golongan munafik. Keputusan kepimpinan PAS wajar dipuji kerana ia bukan sekadar keputusan yang terburu-buru malah telah mengambil kira dari pelbagai sudut penting dalam membuat ketetapan, terutamanya dari sudut 'bagaimana kerajaan menangani isu murtad?'
Apakah kerajaan benar-benar serius dalam menghadapi gejala murtad? Apakah langkah kerajaan Malaysia dalam membasmi aktiviti murtad? Adakah dengan menjadikan negara ini sebuah negara hub-hiburan, memperbanyak konsert hilang akal, maka kemurtadan itu akan berkurang? Apa yang perlu dilakukan kerajaan ialah mengkaji semula apakah punca terjadinya murtad, bukan memberi galakan untuk rakyat berhimpun dengan permit yang pantas tersedia.
Kerajaan menunjukkan sikap tidak acuh dengan perhimpunan yang menampilkan aktiviti pertembungan antara agama, tetapi bertindak seperti binatang dalam menghadapi himpunan BERSIH. Sikap double standard kerajaan cukup menjelikkan. Keadaan huru-hara berkisarkan ketegangan agama seolah-olah diharapkan berlaku, dan ia boleh menjadi kenyataan apabila ucapan-ucapan keras terhadap agama lain dihambur di pentas yang dibiarkan terbuka oleh kerajaan.
Secara jujur, perhimpunan sejuta umat yang bakal berlangsung 22 Oktober ini tidak memberi sebarang manfaat kepada agama kerana tiada impak terhadap punca berlakunya murtad, tetapi hanya menerbitkan risiko terhadap ketegangan antara agama. Biarpun 10juta yang hadir berhimpun, kerajaan pemerintah masih mendokong perlembagaan negara yang 'memberi laluan' kepada aktiviti murtad. Itu hakikatnya.
Dari sudut lain pula, bukan sahaja perlembagaan yang menjadi persoalan tetapi langkah kerajaan yang selalu mengabaikan syariat Islam memudahkan lagi terpesongnya akidah umat Islam. Banyak faktor-faktor yang menyumbang ke arah berlakunya murtad tidak diambil peduli oleh kerajaan pemerintah.
Jangan kita lupa bagaimana Umno yang kononnya memperjuangkan akidah telah bertindak menyekat peruntukkan sekolah agama rakyat (SAR). Bayangkan jika anak tidak bersekolah agama dan hanya mengharapkan kelas agama sekolah kebangsaan yang diperuntukkan hanya setengah jam sehari, menjadikan anak-anak kita terbatas pengetahuan agamanya.
Kerajaan yang dipimpin Umno jugalah yang mengusulkan judi baru berbentuk judi sukan ketika piala dunia edisi 2010. Tidak cukupkah dengan judi bernombor yang premisnya banyak 'dilawat' oleh orang islam? Tidak cukupkah segunung pusat perjudian dibenarkan oleh kerajaan tanpa kawalan dan tidak boleh diperiksa oleh pihak berwajib atas alasan hak persendirian.
Langkah memperkenalkan judi sukan bukan sahaja menyebabkan pertambahan aktiviti perjudian dalam negara malah boleh juga menyumbang ke arah terjadinya murtad apabila terdapat segelintir orang beragama islam yang terpaksa menerima bantuan daripada paderi kristian untuk menjelaskan hutang berjudi, akhirnya akidah terpesong kerana kesempitan ilmu agama dan juga dipakejkan sekali dengan kesempitan hidup.
Jangan juga kita lupa kilang arak dirasmikan juga oleh pemimpin Umno. Arak itulah punca kemaksiatan dan kerajaan tidak memantau dengan baik penjualan arak ke atas umat islam, malah dari parlimen sendiri menyebut ada ahli parlimen islam daripada Umno yang 'kaki minum'. Dari kalangan kaki mabuk ini, di manakah nilai Islam yang tinggal?
Kerajaan yang dipimpin Umno jugalah yang mengusulkan 'negara Islam' Malaysia dijadikan negara hub hiburan antarabangsa, dan juga turut menampilkan konsert-konsert yang menghilangkan akal di samping membawa pengunjungnya ke lembah maksiat apabila banyak kondom terpakai ditemui ketika pembersihan tapak konsert. Terdedahnya anak-anak muda secara melampau ke atas hiburan yang melampau had masanya juga akan turut meruntuhkan akidah, seolah-olah tiada dosa untuk dihindari dan tiada tuhan untuk ditakuti.
Lagi pelik dan ajaib apabila ramai yang tidak sedar bahawa negara ini sebenarnya bakal memiliki gereja terbesar asia tenggara dan merupakan antara gereja terbesar di asia. Apakah negara ini sebuah negara majoriti kristian sehingga memiliki sebegitu besar gerejanya? Tidak salah negara berbilang agama Malaysia mempunyai gereja, ia adalah suatu tuntutan untuk kebebasan beragama. Tetapi ia tidak bermakna menjadikan Malaysia sebuah negara hub terbesar kristianiti dari kalangan negara asia memandangkan penganut agama kristian sangat minoriti di dalam negara ini.
Kerajaan manakah yang meluluskan gereja antara terbesar di asia ini jika bukan kerajaan 'negara islam' Malaysia. Sudahnya Umno tuduh pula kerajaan Selangor yang bina gereja ini, boleh lihat tuduhan tidak berasas dalam tajuk"Pembinaan Gereja Terbesar di Selangor Guna Tanah Rizab Melayu" . Sebelumnya DAP pernah dituduh menjadi dalang kononnya nak tubuhkan negara kristian sedangkan ahli DAP yang berugama kristian tidak sampai 20 peratus.
Akhirnya apabila diselak dan diperhatikan baik-baik, kerajaan pimpinan Umno lah yang membenarkan gereja terbesar asia tenggara dan antara terbesar asia sudah terbina di bumi bertuah ini. Gereja tersebut bersebelahan dengan stadium bukit jalil dan akan siap sepenuhnya menyambut tahun 2012. Tahniah Umno!
Oleh demikian, kerajaan manakah yang sebenarnya menjadi pendokong kepada berleluasanya gejala murtad berlaku dalam negara ini, jika bukan kerajaan yang menganggap British itu bukan penjajah. Bersekongkol dengan British dalam menuntut kemerdekaan juga menimbulkan keraguan, apatah lagi bila British itu sendiri diangkat sebagai 'penasihat' sepertimana tertera dalam buku teks sejarah tingkatan dua.
Umno telah menguasai kerajaan selama lebih 50 tahun lamanya. Jika benar kerajaan pimpinan Umno menitik beratkan perihal agama dan juga soal akidah, jika benarlah kerajaan pimpinan Umno berjuang untuk menegakkan syariat Islam, mengapa kadar murtad bertambah dari sehari ke sehari? Di manakah silapnya dan mengapa ia tidak pernah secara serius diperbaiki?
Ingat! Bukan DAP yang memerintah Malaysia selama hari ini, tetapi pimpinan Umno. Tetapi hasilnya umat islam menuju kehancuran!! Lihatlah agama mana yang mendahului kes buang anak? lihatlah penganut agama mana yang menjadi majoriti di pusat serenti? Lihatlah bangsa mana yang menghabiskan sepertiga malamnya dengan menjadi juara rempit!
Rentetan hujah-hujah ringkas di atas sudah cukup untuk menunjukkan betapa hipokritnya usaha untuk berhimpun dengan alasan menghadapi gejala murtad, di kala kunci penyelesaian kepada masalah gejala murtad ini tidak langsung diendahkan.
Justeru itu adalah lebih baik kita(PAS dan Pakatan Rakyat) menumpukan perhatian kepada gerak-kerja untuk menumbangkan kerajaan bongkak yang tidak pernah mengaku salah dalam PRU yang semakin hampir. Jangan terpedaya dengan tipu daya walaupun Ketua Pemuda PAS hampir terperangkap, syukurlah diselamatkan. Edyes percaya menumbangkan Barisan Nasional yang dipimpin Umno adalah satu jalan terbaik bagi menyelesaikan gejala murtad.
Walaubagaimanapun, Edyes secara peribadi akan bersetuju dan akan turut berhimpun jika tujuan perhimpunan ini adalah untuk mendesak isteri Perdana Menteri mengenakan tudung dalam setiap majlis rasmi yang dikunjungi...
PROMOSI!!
Dapatkan risalah penjelasan cincin puaka(16mukasurat) dalam setiap pembelian buku FITNAH terbitan SAMM bermula dari tarikh risalah ini dilancarkan (16 Oktober)
Dapatkan segera!! Klik di sini