Ahli-ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat sudah mula berang kerana sidang Parlimen sudah berjalan hampir dua minggu tetapi, laporan Ketua Audit masih belum diserahkan kepada Dewan. Mereka juga bimbang sekiranya terdapat perkara-perkara di dalam laporan itu yang cuba disorokkan oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri Najib Razak.
Pihak Pakatan Rakyat bercadang untuk mengusulkan perkara itu ke dalam Sidang Dewan sebab sudah empat hari Sidang Dewan telah berjalan berbahas tentang Belanjawan 2012 tetapi laporan audit tersebut masih belum diterima.
Wakil MP Pakatan Rakyat hairan kenapa laporan itu masih belum ada sedangkan negeri-negeri lain termasuk Kelantan sudah pun menerima laporan audit masing-masing. Mereka menyeru agar Komiti Akaun Awam (PAC) untuk bertanggungjawab dan mengambil tindakan, daripada menunggu untuk didesak dan dipaksa berbuat demikian.
Jika di negara-negara lain, PAC ini dipengerusikan oleh wakil pembangkang, dan menjadi mudah untuk mereka menggesa kerajaan tetapi di Malaysia, PAC diketuai oleh wakil kerajaan dan mungkin disebabkan itulah mereka lambat untuk membentangkan laporan berkenaan.
Ahli Parlimen Tumpat, Kamaruddin Jaafar mahukan pengerusi PAC Azmi Khalid untuk mengambil tanggungjawab dan menjelaskan perkara tersebut kepada Dewan.
Dia menuntut penjelasan dari Pengerusi PAC kerana perkara ini amat memalukan dan menuntut agar Pengerusi PAC ini bertanggungjawab terhadap perkara tersebut.
MP PKR dari Sungai Petani Johari Abdul pula berkata Jabatan Audit Negara sendiri terkejut apabila diberitahu bahawa Parlimen masih belum menerima laporan tersebut sedangkan laporan itu menurut kata pegawai di Jabatan Ketua Audit Negara telah diserahkan dan laporan berkenaan telah siap lebih awal berbanding tahun lepas.
Yang menjadi persoalan, dimana hilangnya laporan tersebut? Di mana sangkutnya laporan ini? Adakah ianya di Parlimen atau di tangan sesetengah Menteri?
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim telah menyoal isu itu minggu lalu, dengan mengatakan PM Najib sepatutnya memastikan laporan audit itu disediakan sebelum pembentangan Belanjawan 2012 tetapi pembentangan tentang Bajet 2012 dah pun dibuat dan Dewan pulak sedang membahaskan tentang Bajet 2012. Entah macammana laporan audit pulak masih belum dibentangkan hingga kini.
Keraguan tentang pembentangan laporan audit kini menjadi persoalan kerana sampai kini masih belum di bentangkan. Atau mungkin ada sesuatu yang mahu di sembunyikan oleh jemaah Menteri dari pengetahuan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat kerana jika bocor, sudah tentu perkara ini akan sampai kepada pengetahuan rakyat.